Berita Harian

PAS setuju kerajaan perlu diwakili pemimpin semua kaum

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Abdul Hadi Awang senada dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerajaan mentadbir Malaysia perlu diwakili pemimpin daripada semua kaum.

Namun beliau menegaskan kaum majoriti dan yang menjadi dominan masih penting untuk memimpin sebuah kerajaan.

“Kerajaan Malaysia mesti wakili masyarakat majmuk. Mewakili masyarakat majmuk dan dominasi adalah Melayu dan Islam,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempelawa Dr Mahathir menubuhkan kerajaan baharu jika Perdana Menteri ikhlas mahu memulihkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mohamad mencadangk­an kerajaan baharu itu boleh ditubuhkan dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) PAS serta parti dari Sabah dan Sarawak.

Dr Mahathir menolak pelawaan itu kerana sebagai negara berbilang kaum, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan diwakili semua kaum.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pergerakan itu tetap dengan pendirian Dr Mahathir perlu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga penggal Parlimen ini berakhir.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, kerajaan baharu tidak perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara.

“Pendirian kami biar Dr Mahathir menerajui negara sehingga tamat penggal ini. Kalau ada masa mungkin tiga tahun lagi. Ia tidak lama lagi,” katanya.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menolak cadangan Mohamad kerana negara ini mempunyai masyarakat pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Santubong itu menegaskan, tidak mungkin kerajaan dapat ditadbir oleh satu kaum saja jika masyarakat­nya pelbagai kaum dan agama. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat Menteri Perdaganga­n dan Industri Qatar, Ali Ahmed Al-kuwari di Bangunan Parlimen, semalam. Ali mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari sempena mesyuarat Jawatankua­sa Perdaganga­n Bersama Malaysia-qatar di Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia