Berita Harian

Pemandu kereta sewa hilang punca pendapatan

-

Pontian: Lebih 150 pemandu kereta sewa di Terminal Teksi dan Bas Kukup di Tanjung Piai, dekat sini, mendakwa pendapatan mereka terjejas berikutan penutupan sementara Terminal Feri Antarabang­sa Kukup sejak bulan lalu.

Tinjauan BH di terminal itu mendapati hanya ada tiga kereta sewa menanti pengguna walaupun tidak kelihatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Seorang daripada mereka, Idris Salimin, 54, berkata sejak penutupan sementara terminal feri berkenaan, pendapatan­nya merosot teruk apabila tiada langsung pelanggan menggunaka­n perkhidmat­an.

“Pendapatan kebanyakan pemandu kereta sewa di sini umpama kais pagi makan pagi selepas penutupan sementara terminal itu. Jika dulu ada lebih 30 kereta sewa berulang-alik mengangkut pelanggan, sekarang untuk dapatkan seorang pelanggan pun sangat susah.

“Sejak hampir 40 hari lalu, terminal ini lengang dan kebanyakan pemandu kereta sewa hilang punca pendapatan sehingga ada yang kini mengambil upah membersihk­an kebun dan berniaga makanan.

“Saya juga berniaga juadah sarapan di hadapan rumah sebagai punca utama rezeki sejak terminal berkenaan ditutup,” katanya ketika ditemui BH.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dilaporkan berkata, terminal itu dijangka kembali beroperasi antara 15 Oktober hingga 1 November ini selepas ditutup sementara sejak 1 September lalu.

Beliau dilaporkan berkata, pelbagai perkara harus diselesaik­an terlebih dahulu, termasuk rujukan mengenai aspek pelesenan bersama Jabatan Laut Malaysia.

Seorang lagi pemandu kereta sewa, Zulkifli Abd Satar, 53, berkata kebanyakan pemandu kereta sewa di situ masih terus berusaha mencari sesuap nasi dan setia menanti pelanggan.

“Saya masih dapat bertahan kerana diupah oleh Koperasi Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa Kukup Pontian Bhd supaya menjaga pejabat di sini, selain membersihk­an kawasan terminal teksi dan bas.

“Namun, saya sedih melihat nasib ramai rakan pemandu lain yang terpaksa mengikat perut kerana perlu menyediaka­n belanja harian untuk anak bersekolah selain keperluan keluarga,” katanya.

Setiausaha Koperasi Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa Kukup Pontian Bhd, Abdul Razak Abdul Rahman, berharap kerajaan membuka semula terminal terbabit.

“Sebelum terminal ditutup, hampir semua pemandu dapat melakukan sekurang-kurangnya empat perjalanan sehari menghantar penumpang. Pendapatan bersih antara RM50 hingga RM60 sehari dan pendapatan bulan mencecah RM1,500.

“Namun kini, untuk mendapat seorang pelanggan pun susah. Kami masih menunggu pembukaan semula terminal ini dan berharap, khabar bahawa ia akan ditutup lebih lama tidak benar.” katanya.

“Jika ditutup lebih lama, bagaimana kami mahu menyediaka­n keperluan persekolah­an untuk anak-anak pada tahun depan,” katanya.

Namun kini, untuk mendapat seorang pelanggan pun susah. Kami masih menunggu pembukaan semula terminal ini dan berharap, khabar bahawa ia akan ditutup lebih lama tidak benar.

 ?? (Foto Mohd Azren Jamaludin /BH) ?? Abdul Razak (kanan) bersama rakan semalam. pemandu kereta sewa ketika ditemui di Terminal Feri Antarabang­sa Kukup,
(Foto Mohd Azren Jamaludin /BH) Abdul Razak (kanan) bersama rakan semalam. pemandu kereta sewa ketika ditemui di Terminal Feri Antarabang­sa Kukup,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia