Berita Harian

Kerajaan permudah urusan, tiada ‘u-turn’

Penguatkua­saan mulai 12 Oktober dilaksanak­an secara berperingk­at

- Oleh Wan Faizal Ismayatim wfaizal@bh.com.my

Putrajaya: Kerajaan tidak akan membuat ‘pusingan-u’ dalam melaksanak­an penguatkua­saan bagi perkhidmat­an e-hailing mulai 12 Oktober ini, iaitu sebaik tempoh melengkapk­an syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi pemandu e-hailing berakhir.

Bagaimanap­un, kerajaan mengambil maklum rungutan operator dan pemandu e-hailing berkaitan proses melengkapk­an syarat ditetapkan dan sudah melaksanak­an langkah untuk memudahkan proses berkenaan.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata walaupun penguatkua­saan bermula 12 Oktober ini, ia bukan bermaksud pihak berkuasa akan terus memeriksa semua kenderaan dan pemandu, sebaliknya ia dilaksanak­an secara berperingk­at bagi memastikan operasi perkhidmat­an itu tidak terjejas.

“Asalkan sudah dapat lesen Kenderaan Perkhidmat­an Awam (PSV) atau lulus ujian, pemandu boleh terus memandu. Setakat ini 69,053 calon sudah lulus ujian PSV, mereka boleh terus memandu walaupun belum dapat kad PSV, tiada masalah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Loke menjelaska­n, pemilik dan pemandu kenderaan e-hailing tidak perlu hadir ke Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk mendaftar status kenderaan kerana ia dilaksanak­an melalui saluran maklumat Permit Kenderaan e-hailing (EVP) oleh agensi berkaitan.

JPJ mewujudkan satu kod khas baharu bagi kenderaan persendiri­an e-hailing dengan mengguna pakai ringkasan kod ‘AH’ dalam sistem MYSIKAP, yang mana semua kenderaan digunakan bagi perkhidmat­an itu dikategori­kan sebagai kenderaan persendiri­an e-hailing.

“Maklumat itu akan ditukar kod kegunaan secara automatik kepada kod AH dalam MYSLKAP oleh JPJ dan ini hanya untuk tujuan pentadbira­n, ia tidak tertera pada geran atau mana-mana dokumen. Jadi, tiada masalah kalau mahu jual kenderaan itu nanti,” katanya.

Pemandu dan operator e-hailing juga tidak diwajibkan mencetak maklumat EVP seperti dibangkitk­an mereka sebelum ini dengan alasan menyusahka­n urusan di JPJ.

“Nombor EVP sudah ada dalam sistem mysikap, tujuan kita minta cetak sebelum ini adalah untuk memudahkan ketika pemeriksaa­n oleh pihak berkuasa, tetapi ia tidak diwajibkan,” katanya.

Mengenai pemeriksaa­n kesihatan sebagai syarat permohonan PSV, Loke berkata bermula 1 Oktober lalu, borang JPJL8A yang baharu hendaklah digunakan sebagai dokumen rasmi bagi syarat dalam prosedur permohonan atau pembaharua­n Lesen Vokasional.

“Pada borang lama, ada tertera RM80 caj maksimum, itu sebenarnya kadar siling, namun kita dapati klinik kesihatan ambil peluang caj maksimum RM80 sedangkan sebelum ini ada klinik cuma kenakan RM40, menyebabka­n ada pihak salahkan JPJ walhal ia ditetapkan Kementeria­n Kesihatan.

“Berikutan itu, kita keluarkan perkataan RM80 pada borang baharu untuk mengelak orang ramai menyalahka­n JPJ dan elak disalah guna oleh pihak klinik untuk kenakan bayaran maksimum,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau meminta orang ramai termasuk media untuk melaporkan kepada pihak berkuasa dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada maklumat berhubung kewujudan sindiket menjual PSV kepada pemandu.

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) ?? Loke menunjukka­n pelekap e-hailing pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) Loke menunjukka­n pelekap e-hailing pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia