Berita Harian

MTEM minta usahawan Bumiputera diberi peluang

-

Kuala Lumpur: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mahu pengilang dan pemborong Bumiputera diberi peluang mendapatka­n hak permit import (AP) beras dalam usaha kerajaan memecah monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman, berkata kerajaan diharapkan bersikap adil dengan tidak hanya mengutamak­an pemain industri besar yang dimiliki syarikat bukan Bumiputera.

“Kami harap syarikat yang akan mengambil alih tanggungja­wab BERNAS ini berpengala­man dan mampu mengubah kedudukan petani menjadi lebih baik.

“Syarikat itu mestilah sudah lama terbabit dalam industri padi beras dan bukan daripada anak syarikat BERNAS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, bahawa kementeria­n itu terbuka untuk menerima mana-mana pihak bagi menggantik­an kontrak BERNAS.

Ahmad Yazid berpendapa­t, pengagihan kuota AP perlu dilaksanak­an secepat mungkin bagi memastikan pengambila­n secara menyeluruh selain tidak merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

Tempoh pengukuran perlu melebihi dua tahun bagi melihat keberkesan­an dan kestabilan perjalanan operasi syarikat yang diamanahka­n.

Matlamat penstruktu­ran industri itu katanya, tidak akan berjaya jika pengimport baru yang dilantik adalah proksi kepada pengimport tunggal pada ketika ini.

“Kami berharap pemilihan syarikat baru ini adalah daripada pemborong dan pengilang Bumiputera yang layak dan berkeboleh­an bersesuaia­n dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dilancarka­n kerajaan,” katanya.

Pelaksanaa­n perkara itu bukan saja dapat memastikan industri padi dan beras negara terus berkembang maju tetapi menjamin keselamata­n makanan selain meningkatk­an pembabitan usahawan Bumiputera dalam industri asas lagi penting di negara ini.

Kerajaan diharapkan bersikap adil dengan tidak hanya mengutamak­an pemain industri besar yang dimiliki syarikat bukan Bumiputera.

 ??  ?? Ahmad Yazid Othman,
Ahmad Yazid Othman,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia