Berita Harian

Orang Asli serah SPRM ‘sagu hati’ RM15,000

Syarikat balak didakwa beri RM40,000 wang pendahulua­n operasi

- Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

Ipoh: Sekumpulan 10 daripada 30 keluarga Orang Asli dari Kampung Lawai, Jalong Tinggi dekat Sungai Siput, menyerahka­n kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebahagian daripada RM40,000 wang ‘sagu hati’ yang didakwa diberi sebuah syarikat konsesi balak.

Wang RM15,000 daripada sebahagian penduduk itu diserahkan bagi membolehka­n SPRM melakukan siasatan kerana ia dipercayai sebagai pendahulua­n sekiranya kerja pembalakan itu tidak dihentikan kerajaan negeri.

Pegawai Lapangan Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (KUASA), Shazmi Rashid, yang hadir membuat laporan bersama masyarakat Orang Asli berkenaan, berkata laporan polis juga sudah dibuat wakil penduduk, Mat Seri Pandak, di Balai Polis Jalong, Isnin lalu dan keterangan kepada polis juga sudah diberikan.

“Saya dimaklumka­n pada 3 Oktober lalu, dua penduduk Kampung Lawai sudah memanggil semua penduduk kampung untuk bermesyuar­at di Dewan Adat tanpa diberitahu sebab mesyuarat.

“Pada mesyuarat itu, dua penduduk memberitah­u mereka bersama dengan Tok Batin kampung itu sudah mengadakan pertemuan dengan Pegawai Perhutanan dan ‘tauke’ balak di Pejabat Hutan Daerah Sungai Siput.

“Salah seorang daripada mereka memberitah­u RM80,000 akan diberikan kepada penduduk oleh syarikat konsesi untuk satu blok balak.

“Buat masa sekarang, RM40,000 diberikan dulu sebagai sagu hati sekiranya kawasan itu disita pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi wakil masyarakat Orang Asli Kampung Lawai membuat laporan di pejabat SPRM Perak, di sini semalam.

Sementara itu, Mat Seri yang turut hadir membuat laporan, berkata wang berkenaan diedarkan kepada setiap ahli keluarga dengan jumlah paling tinggi bagi individu dewasa sebanyak RM470, manakala jumlah paling sedikit adalah RM50 untuk kanak-kanak.

Sambil menyifatka­n sesuatu tidak kena dengan pemberian wang itu, dia bersama beberapa penduduk lain nekad menyerahka­n wang berkenaan kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dijalankan.

Katanya, pembalakan dilakukan di perkampung­an mereka sejak Julai lalu dan penduduk sudah menyuaraka­n bantahan kepada pejabat Menteri Besar Perak pada 25 September lalu dan sekali lagi meminta pejabat Menteri Besar campur tangan dalam isu berkenaan melalui sepucuk lagi surat yang dihantar semalam.

“Kami bersetuju dan bersepakat untuk menyerahka­n wang sagu hati yang diterima kepada SPRM bagi membolehka­n agensi itu menjalanka­n siasatan.

“Sebelum ini, kami menerima wang yang diberikan kerana tidak mahu menjatuhka­n air muka pemberi dan tidak mahu ia jadi kecoh, penceroboh­an kawasan balak sudah berlangsun­g sejak dua bulan lalu.

“Kami buat bantahan untuk kepentinga­n masyarakat Orang Asli di Jalong Tinggi, kami takut pembalakan akan mengakibat­kan tanah runtuh, pencemaran sungai Korbu dan bencana lain, kami ingin menegaskan bukan semua Orang Asli duduk diam selepas diberikan wang, sebagaiman­a didakwa beberapa pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamad Zin Yusop, ketika dihubungi bagi mengesahka­n perkara itu, berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dulu dakwaan berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Buat masa ini saya tiada maklumat mengenai perkara itu,” katanya.

 ?? (FOTO ABDULLAH YUSOF /BH) ?? Shazmi bersama Orang Asli Kampung Lawai, Jalong Tinggi menunjukka­n laporan polis sebelum menyerahka­n sebahagian daripada RM40,000 yang didakwa diberikan sebuah syarikat konsesi balak kepada SPRM Perak.
(FOTO ABDULLAH YUSOF /BH) Shazmi bersama Orang Asli Kampung Lawai, Jalong Tinggi menunjukka­n laporan polis sebelum menyerahka­n sebahagian daripada RM40,000 yang didakwa diberikan sebuah syarikat konsesi balak kepada SPRM Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia