Berita Harian

Keluarga budak maut jatuh lubang diberi kaunseling

-

Ipoh: Keluarga Allahyarha­m Muhamad Anas Hadif, 3, kanak-kanak yang maut selepas terjatuh dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh, di sini kelmarin akan diberi bantuan sewajarnya, termasuk khidmat kaunseling.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Ruhaini Zawawi, berkata pihaknya akan bertemu keluarga mangsa untuk membuat siasatan berhubung kejadian itu, selain memberikan bantuan bersesuaia­n diperlukan mereka.

“Kita masih belum dapat laporan lengkap mengenai kejadian itu kerana keluarga mangsa kini berada di Lekir, Manjung untuk urusan pengebumia­n. Kita akan bertemu mereka dan sekiranya ada ahli keluarga yang trauma susulan kejadian itu, kita sedia memberi kaunseling,” katanya di sini semalam.

Ruhaini berkata, jika ada ahli keluarga sama ada ibu bapa atau adik beradik mangsa yang memerlukan intervensi, JKM akan menyalurka­n bantuan terbaik.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di dalam lubang kumbahan selepas dipercayai terjatuh dalam lubang itu ketika bermain dengan dua abangnya di kuarters berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata siasatan awal mendapati penutup lubang itu boleh dibuka dan pemantauan awal mendapati ia sentiasa ditutup, namun komponen berkenaan dipercayai dialihkan kumpulan kanak-kanak yang bermain di kawasan berhampira­nnya ketika kejadian.

Sementara itu, Jabatan Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd memaklumka­n tangki kumbahan berkenaan adalah dari jenis tangki septik komunal (persendiri­an) untuk kegunaan penduduk di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh.

“Berdasarka­n lawatan IWK ke lokasi kejadian semalam mendapati lubang kumbahan itu adalah tangki persendiri­an. Mengikut Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006, pemilik premis yang menggunaka­n tangki septik adalah bertanggun­gjawab untuk penyelengg­araan tangki septik berkenaan.

“Ia perlu dikosongka­n sekurang-kurangnya setiap dua tahun sekali bagi mengelak enapcemar yang terkumpul dalamnya menjadi keras,” katanya.

Beliau berkata, IWK turut menzahirka­n rasa simpati kepada keluarga mangsa, malah pihaknya juga sedia bekerjasam­a dengan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“IWK turut menggesa agar orang ramai mengawasi pergerakan kanak-kanak agar tidak mendekati atau menceroboh­i kawasan sekitar sistem atau loji kumbahan,” katanya.

 ?? (FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI /BH) ?? Sofiah Mohd Teridi bersama tiga anaknya melihat foto Muhamad Anas (gambar kecil) yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh.
(FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI /BH) Sofiah Mohd Teridi bersama tiga anaknya melihat foto Muhamad Anas (gambar kecil) yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia