Berita Harian

Suami isteri tabah urus dua anak OKU

-

Kota Bharu: Menguruska­n dua anak istimewa bukan tugas mudah namun bagi suami isteri dari Kampung Tok Puchong, Kedai Buloh di sini, amanah itu perlu digalas sebaiknya.

Ismail Hamat, 66, dan Minah Jusoh, 55, dikurniaka­n dua anak orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd Suhaimi, 30 dan Ahmad, 38, yang menghidap masalah mental dan tidak boleh bercakap.

Lebih menyedihka­n, Mohd Suhaimi diserang strok sejak setahun lalu, menyebabka­n dia hanya terlantar di atas katil dengan tubuhnya yang kurus kering.

Ismail berkata, anak keenam daripada 10 beradik itu diserang strok secara tiba-tiba pada awal Ramadan tahun lalu menyebabka­nnya terus tidak dapat berjalan.

“Kami cuba membuat rawatan kampung dengan berurut, namun keadaan Mohd Suhaimi semakin teruk menyebabka­n kami terus membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga bulan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Selepas kira-kira 100 hari menerima rawatan, Mohd Suhaimi akhirnya dibenarkan pulang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ismail berkata, Mohd Suhaimi kini memberi tindak balas jika namanya dipanggil malah pada ketika tertentu agak agresif sehingga terpaksa diikat tangan kirinya kerana kerap mencabut tiub saluran susu di hidungnya.

Bekas nelayan itu berkata, sejak menghidap tibi beberapa tahun lalu, dia tidak mampu turun ke laut dan terpaksa membuat pekerjaan lain.

“Mohd Suhaimi memerlukan perbelanja­an yang agak besar bagi pembelian lampin pakai buang serta susu khas.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM600 sebulan untuk kedua kedua-dua anak istimewa saya itu tidak mencukupi.

“Belanja yang besar diperlukan untuk pembelian susu khas manakala lampin pakai buang pula saya beli yang rosak kerana harga lebih murah tetapi kerap juga berhutang.

“Lebih malang, isteri saya baru saja disahkan menghidap ketumbuhan dalam hati dan masih belum mendapatka­n rawatan lanjut berikutan kekangan kewangan,” katanya.

Kepada yang ingin memberi sumbangan, boleh menghubung­i Ismail di talian 011-58522911.

Mohd Suhaimi diserang strok sejak setahun lalu, menyebabka­n dia hanya terlantar di atas katil dengan tubuhnya yang kurus kering.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Ismail bersama Minah mengurus Mohd Suhaimi serta Ahmad di Kampung Tok Puchong, Kedai Buloh.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Ismail bersama Minah mengurus Mohd Suhaimi serta Ahmad di Kampung Tok Puchong, Kedai Buloh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia