Berita Harian

Nenek janji jaga 3 cucu yatim piatu

Tiga beradik hilang tempat bergantung selepas ibu bapa maut kemalangan 3 Oktober lalu

- Oleh Zaid Salim bhnews@bh.com.my

Marang: Walaupun berat tanggungja­wab yang dipikulnya, tetapi Zainab Mamat berjanji akan menjaga tiga cucunya dengan penuh kasih sayang.

Zainab, 61, sedih dan pilu kerana tidak menyangka tiga cucunya kini menjadi yatim piatu sekelip mata.

“Saya berjanji akan menjaga tiga cucu dan memberi mereka sepenuh kasih sayang kerana kanak-kanak terbabit adalah amanah Allah kepada saya.

“Saya sedih dan tidak menyangka mereka jadi yatim piatu,” katanya.

Tiga beradik malang itu, Aryan Rizqy Muhammad Noor Idham, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka, Surawati Mohd, 33, dan Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut selepas kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki mereka merempuh lori baja di KM 134 Jalan Kuantan–seremban di Rompin, Pahang, pada 3 Oktober lalu.

Berikutan kejadian itu, Aryan Rizqy, Areesh Razeen dan Arfan Rakeen kini menumpang kasih neneknya yang menetap di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, di sini.

Zainab berkata, dia reda dengan apa yang berlaku terhadap anak dan menantunya yang meninggal dunia akibat kemalangan itu.

“Semuanya sudah ditentukan Allah dan saya reda dengan kehilangan serentak anak dan menantu.

“Syukur, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) membantu dan menjadikan tiga beradik ini sebagai anak angkat mereka bagi memastikan masa depan cucu saya lebih terjamin,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaia­n Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Pencen Penakat di rumahnya, semalam.

Majlis penyerahan faedah terbabit disampaika­n isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Tuan Faizah Abd Rahman dan turut hadir Pengarah PERKESO Negeri Terengganu, Farihah Che Husin.

Sementara itu, Farihah berkata, tiga kanak-kanak terbabit kini dijadikan sebagai anak angkat PERKESO sehingga usia mereka mencecah 21 tahun.

Katanya, pihak PERKESO akan menjaga dan memantau kebajikan kanak-kanak terbabit sehingga mereka boleh berdikari.

“Hari ini, kita menyampaik­an Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM4,000 dan Faedah Pencen Penakat akan diberi pada setiap bulan sehingga mereka berusia 21 tahun dan sijil pengangkat­an anak angkat Perkeso.

“Sungguh sedih bagi saya kerana adik Arfan masih belum mengenal huruf tapi sudah kehilangan kasih sayang ibu bapa serentak.

“Namun PERKESO Terengganu akan cuba sebaik mungkin demi masa depan ketiga-tiga mereka,” katanya.

Menurutnya, sejak awal Januari hingga kini, Perkeso Terengganu sudah mempunyai seramai sembilan orang anak angkat.

 ?? [Foto Zaid Salim/bh] ?? Tuan Faizah menyampaik­an Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Pencen Penakat kepada Zainab disaksikan Farihah (kanan) di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, semalam. sambil
[Foto Zaid Salim/bh] Tuan Faizah menyampaik­an Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Pencen Penakat kepada Zainab disaksikan Farihah (kanan) di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, semalam. sambil
 ??  ?? Keratan akhbar BH 4 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 4 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia