Berita Harian

Ibu tunggal kecewa tak dapat pembelaan

-

Alor Gajah: “Saya sudah tidak tahu kepada siapa hendak mengadu kerana semua pihak seolah-olah lepas tangan selepas insiden tangan kiri saya terkena mesin gergaji rantai di tempat kerja tahun lalu,” luah Nor Faizah Nordin, 52.

Ibu tunggal seorang anak itu mengakui kecewa apabila nasib menimpanya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dengan alasan pekerja berstatus kontrak walaupun sudah hampir 15 tahun berkhidmat di koperasi ladang berkenaan.

“Pada hari kejadian 20 April tahun lalu, saya ditugaskan memotong baki tiang untuk dibuat pancang tanaman sebelum berlakunya kemalangan mengakibat­kan tangan kiri saya tiba-tiba terkena mesin gergaji rantai.

“Pegawai bertugas segera membawa saya ke Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk pembedahan susulan kecederaan yang serius,” katanya ketika ditemui di Kampung Nelayan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Nor Faizah berkata, kesan pembedahan meninggalk­an parut sepanjang 12 sentimeter dan kesedihann­ya bertambah apabila tidak menerima bantuan, termasuk dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), bekas majikannya selain Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Sementara itu, Pengarah JKM, Burhanuddi­n Bachik, berkata permohonan lanjut untuk bantuan JKM boleh dibuat menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankua­sa dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) atau hadir ke Pejabat JKM Daerah Masjid Tanah.

“Permohonan akan diproses oleh pegawai JKM,” katanya.

 ?? [Foto Jamah Nasri/bh] ?? Nor Faizah menunjukka­n kesan parut pada tangannya yang cedera terkena mesin gergaji rantai.
[Foto Jamah Nasri/bh] Nor Faizah menunjukka­n kesan parut pada tangannya yang cedera terkena mesin gergaji rantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia