Berita Harian

Utusan Melayu henti operasi

Syarikat lulus cadangan Penggulung­an Secara Sukarela Pemiutang

-

Kuala Lumpur: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang juga penerbit akhbar harian, Utusan Malaysia dan Kosmo, menamatkan operasinya semalam susulan masalah kewangan dialaminya.

Berikutan itu, semalam adalah tarikh akhir bekerja untuk kakitangan­ya, manakala hari akhir perkhidmat­an ditetapkan pada 31 Oktober 2019.

Pada 7 Oktober lalu, Lembaga Pengarah Utusan Melayu meluluskan cadangan Penggulung­an Secara Sukarela Pemiutang.

BERNAMA melaporkan syarikat berusia 80 tahun itu turut melantik firma perakaunan dan perundinga­n bebas UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai pihak penyelesai interim.

UHY Advisory dalam satu kenyataan memaklumka­n Utusan Melayu membuat perakuan bahawa ia tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan, dengan mesyuarat antara syarikat itu dan pemiutang dijadualka­n berlangsun­g pada 6 November.

Pada 30 Ogos lepas, syarikat itu yang juga penerbit akhbar harian bahasa Melayu tertua di negara ini, dinyahsena­rai daripada Bursa Malaysia, dengan harga dagangan akhirnya pada 5.5 sen.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1939 itu mula disenaraik­an di Bursa Malaysia pada 1994.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir melalui surat pekeliling diedarkan pada kakitangan­nya memaklumka­n syarikat itu mengalami masalah perniagaan yang kritikal selepas Mei 2018, malah pelbagai usaha dilaksanak­an untuk kembali memperkuku­hkan kedudukan kewanganny­a.

Ini termasuk menjual asetnya bagi mendapatka­n aliran tunai mencukupi, termasuk bagi melaksanak­an Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Bagaimanap­un, edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo, sebaliknya terus merosot, seterusnya menyaksika­n kedua-dua akhbar itu gagal menepati sasaran pengiklana­n RM4 juta sebulan.

“Bukan sahaja gaji pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan dan semakin tertunggak. Syarikat kini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundanga­n daripada pemiutang,” katanya.

Keseluruha­nnya, 862 kakitangan Utusan Melayu dilaporkan menerima surat penutupan operasi syarikat itu semalam, yang dibimbangi menjejaska­n periuk nasi mereka.

Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjun­g Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu, Mohd Taufek Razak pada sidang medianya mendakwa pihaknya keliru dengan nasib pekerja syarikat itu apabila sehingga kini hanya dimaklumka­n mereka ‘dicutikan’ sehingga hujung bulan.

Katanya, semua kakitangan semalam tidak menerima surat pemberhent­ian pekerjaan, sebaliknya hanya surat penutupan operasi syarikat itu.

Malah, pada taklimat terbaru oleh ketua jabatan masing-masing, mereka hanya diberitahu bahawa kakitangan hanya diberikan cuti sehingga hujung bulan ini dan perkara itu menimbulka­n kekeliruan kepada semua yang terbabit.

“Kita dimaklumka­n bangunan ini sudah disita dan tidak lagi boleh beroperasi. Malah, wakil syarikat pembubar (liquidator) sudah pun berada di sini (Ibu pejabat Utusan Melayu) untuk memberi maklumat.

“Kita diberi masa sehingga esok (hari ini) untuk mengemas apa sahaja keperluan dan ‘dicutikan’ hingga 31 Oktober ini,” katanya.

Taufek berkata, tindakan syarikat terhadap pekerja ketika ini adalah tidak berperikem­anusiaan kerana bukan sahaja memberi notis pendek malah tidak memberi maklumat sepenuhnya kepada pekerja.

“Adalah tidak wajar mereka tidak memaklumka­n awal kepada syarikat malah tiada wakil eksekutif tertinggi yang muncul pada hari ini.

“Segala penerangan hanya disampaika­n oleh ketua jabatan masing-masing sehinggaka­n banyak persoalan yang tidak terjawab. Ini saya anggap tindakan bacul dan tidak berjiwa besar oleh pihak berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai gaji pula Taufek menjelaska­n, gaji akan dibayar kepada kakitangan adalah sehingga 31 Oktober ini namun katanya, tiada penerangan mengenai pampasan.

 ?? (Foto Mustaffa Kamal/bh) ?? Pejabat Utusan Melayu dikosongka­n susulan penamatan operasinya berkuat kuasa semalam.
(Foto Mustaffa Kamal/bh) Pejabat Utusan Melayu dikosongka­n susulan penamatan operasinya berkuat kuasa semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia