Berita Harian

Kakitangan diberhenti layak dapat bantuan EIS

-

Kuala Lumpur: Kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd yang terbabit dengan pemberhent­ian layak mendapat bantuan Skim Insurans Pekerjaan (EIS).

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n ketika ditemui di Parlimen, berkata kakitangan Utusan Melayu yang terjejas susulan pemberhent­ian operasi syarikat berkenaan layak mendapat bantuan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) disediakan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Katanya, SIP menyediaka­n bantuan kewangan kewangan sehingga 80 peratus daripada gaji pekerja yang diinsurans­kan bagi tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Contohnya, pekerja yang bergaji RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM3,160 bagi bulan pertama, RM1,975 bagi bulan kedua dan bulan-bulan seterusnya pada kadar menurun.

“Kakitangan yang terbabit juga boleh mencari peluang pekerjaan menerusi skim ini, termasuk peluang temu duga, mendapatka­n latihan.

“Skim itu kemudian akan membantu kakitangan terbabit mencari peluang pekerjaan untuk mereka, temu duga dan mendapatka­n latihan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Difahamkan, PERKESO sudah mengadakan sesi taklimat bersama Utusan Melayu pada 28 September lalu berhubung bantuan disediakan Kerajaan melalui SIP.

Pada Disember 2018, 551 pekerja yang memilih menamatkan perkhidmat­an mereka turut menerima bantuan kewangan melalui skim itu, dengan sebahagian­nya juga sudah kembali bekerja.

PERKESO juga sedang bekerjasam­a dengan Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) untuk membantu menempatka­n pekerja terbabit bagi mengisi kekosongan dalam pelbagai bidang seperti pereka grafik, juruteknik percetakan dan operator mesin.

Malah, pekerja terbabit juga berpeluang menjalani latihan dengan penyedia latihan berdaftar, dengan kos berkaitan ditanggung oleh SIP, manakala pekerja yang mengikuti latihan akan dibayar elaun menjalani latihan RM10 hingga RM20 sehari.

Kulasegara­n turut meminta syarikat berkenaan menimbang semula keputusann­ya untuk menghentik­an operasi.

“Syarikat itu jelasnya perlu mencari alternatif lain untuk memastikan syarikat itu dapat bertahan. Jika benar mereka akan menutup, saya meminta majikan untuk menimbang semula keputusan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia