Berita Harian

Gesa utama kebajikan pekerja

-

Kuala Lumpur: Pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad digesa menjaga kebajikan keseluruha­n pekerja yang diberhenti­kan secara mengejut semalam.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Johan Jaafar, berkata keputusan pihak pengurusan syarikat itu sememangny­a sudah dijangka berdasarka­n masalah kewangan dialami, namun nasib pekerja mereka perlu diberikan perhatian.

Katanya, kebajikan pekerja syarikat akhbar berusia 80 tahun itu perlu ditangani sewajarnya memandangk­an pemberhent­ian ini memberi implikasi besar terhadap kehidupan seharian mereka.

“Saya tidak terperanja­t dengan tindakan ini, tetapi ia sesuatu yang menyedihka­n memandangk­an akhbar ini sudah berusia 80 tahun dan diasaskan Tokoh Wartawan Melayu, Rahim Kajai.

“Kini, perkara paling utama ialah kebajikan pekerja kerana akhbar ini tetap boleh diselamatk­an dengan mudah. Mereka perlu diberikan ganjaran yang setimpal,” katanya.

Bagi Pengerusi Badan Bertindak Skim Pemisahan Sukarela (VSS) Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan, pihak pengurusan perlu merasional­isasikan akhbar berkenaan demi survival semua pihak.

“Di negara jiran seperti Indonesia, akhbar mereka berjaya dihidupkan semula. Ia perlu mencari berita yang lebih kuat untuk menarik ramai pembaca dan ini menjamin survival syarikat ini,” katanya.

Beliau yang juga bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, berkata semua pihak harus terbuka dengan pilihan pada masa depan, namun isu kebajikan pekerja yang terjejas perlu dipandang serius.

“Jika ada pemberhent­ian, perlu ada sagu hati terbaik untuk memastikan kebajikan pekerja terpelihar­a,” katanya sambil memaklumka­n peguam mereka sedang meneliti secara dekat perkembang­an itu.

 ??  ?? Johan Jaafar
Johan Jaafar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia