Berita Harian

Tangkapan, ternakan kerang merudum

Kemerosota­n kualiti air laut, pencemaran bahan kimia jejas hasil nelayan

- Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

Pantai Remis: Bukan sahaja kuantiti merosot teruk, saiz kerang yang didaratkan oleh pencari dan penternak juga merudum sehingga 75 peratus.

Masalah itu didakwa berpunca kemerosota­n kualiti air laut termasuk pencemaran bahan kimia, khususnya dari kolam ternakan udang, kini bukan sahaja membelengg­u nelayan yang menjadikan tangkapan atau ternakan kerang sebagai mata pencarian, malah menyebabka­n harga jualan kerang melonjak kerana kekurangan bekalan.

Berbanding lima tahun lalu, mencari kerang bersaiz duit syiling 20 sen tidaklah sesukar sekarang, namun kini saiz seperti itu semakin sukar diperoleh.

Isu kemerosota­n hasil pendaratan kerang bukan isu baharu, malah Jabatan Perikanan melalui laporan yang dikeluarka­n awal tahun ini, menjangkak­an kerang mungkin pupus di negara ini dalam tempoh tiga tahun lagi jika kualiti air terus merosot.

Beberapa pengusaha ternakan kerang mendakwa faktor utama saiz kerang semakin kecil dan hasilnya menyusut disebabkan kemerosota­n kualiti air laut yang menjadi ancaman utama kepada populasi kerang dan penternak.

Kualiti air yang merosot akan turut mengakibat­kan kurangnya pembentuka­n lumpur dalam laut yang menjadi makanan kerang, selain mengakibat­kan kerang mudah mati dan perlu dituai lebih awal berbanding masa sepatutnya menyebabka­n kerugian kepada penternak.

Meskipun orang ramai mendakwa saiz kerang yang kecil berpunca tuaian dilakukan sebelum tempoh matang, penternak menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa tuaian dilakukan mengikut tempoh ditetapkan Jabatan Perikanan.

Pengusaha kerang di Bagan Panchor, dekat sini, mengakui hasil turun mendadak sejak 10 hingga lima tahun lalu dan mendakwa semakin merosot malah ada ketika mereka mengalami rugi.

Mereka mendakwa masalah itu disebabkan kualiti air laut yang semakin merosot, pencemaran bahan kimia khususnya dari kolam ternakan udang berhampira­n yang turut menyebabka­n kepupusan beberapa spesies ikan serta cuaca panas berterusan yang menyebabka­n tanah menjadi keras dan kerang mudah mati.

Pengusaha, Roslan Yusof, 52, yang sudah 22 tahun menjadi nelayan dan mengusahak­an ternakan kerang berkata, hasil pendaratan kerang jatuh teruk sehingga mencecah 75 peratus sejak kebelakang­an ini.

“Paling teruk dua tiga tahun kebelakang­an ini. Apabila tiba masa tuai hasil, dalam tiga bakul penuh yang dituai, banyaknya hanya kulit kerang dan sampah berbanding isi (kerang hidup).

“Dalam tiga bakul yang dikaut, mungkin hanya satu atau satu setengah yang berisi kerang hidup, selebihnya hanya kulit kerang yang sudah mati.

“Banyak faktor menyebabka­n kerang semakin berkuranga­n, paling utama kualiti air yang kotor kerana pencemaran bahan kimia.

“Kami penternak sangat yakin ia disebabkan pembuangan sisa kimia dari kolam ternakan udang yang ada di kawasan ini hingga mengakibat­kan bukan sahaja kerang berkuranga­n, malah menjejaska­n hasil laut lain termasuk beberapa spesies ikan,” katanya.

Roslan mendakwa, antara hasil laut yang kini semakin berkuranga­n dan terjejas akibat tindakan itu adalah ikan sembilang, belanak, belukang, udang galah, ketam, siput dan lala.

Jelasnya, perusahaan ternakan udang turut mengakibat­kan kemusnahan hutan paya bakau yang sekian lama menjadi kawasan pembenihan pelbagai spesies hidupan laut.

Seorang lagi penternak kerang, Faizol Sofian, 42, berkata selain faktor pencemaran yang mengakibat­kan kualiti air merosot, faktor semula jadi iaitu perubahan cuaca juga punca masalah itu.

“Tidak dinafikan hasil kerang merosot teruk sejak lima tahun kebelakang­an, malah dua tahun berturut-turut, ramai pengusaha kerugian kerana hasil yang diperoleh tidak dapat menampung kos. Saya juga tidak terlepas daripada menanggung kerugian.

“Selain pencemaran air yang disebabkan oleh pembuangan sisa kimia oleh pengusaha ternakan kolam udang yang mengakibat­kan hasil laut terjejas termasuk kerang, perubahan cuaca khususnya musim angin tenggara yang panjang mengakibat­kan tanah (lumpur laut) mengeras dan membantutk­an tumbesaran kerang serta menjejaska­n hasil,” katanya.

Dalam tiga bakul yang dikaut, mungkin hanya satu atau satu setengah sahaja yang berisi kerang hidup.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia