Berita Harian

Maju perbaharui cadangan beli PLUS

Tawar penguranga­n tol daripada 25 kepada 36 peratus

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Maju Holdings Sdn Bhd memperbaha­rui cadanganny­a untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd dengan menawarkan penguranga­n tol daripada 25 peratus kepada 36 peratus.

Ia juga mencadangk­an akan menanggung penguranga­n tol sepenuhnya dan tidak akan mendapatka­n pampasan kewangan daripada kerajaan berkenaan perkara itu.

Malah, Maju Holdings juga mencadangk­an untuk menyerap pampasan tol RM2.7 bilion jika syarikat itu berjaya mengambil alih pengendali konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia itu. “Ketika ini, kerajaan berhutang dengan PLUS kira-kira RM2.7 bilion membabitka­n pampasan tol dan jika Maju Holdings mengambil alih PLUS, kami dengan sukacitany­a memaklumka­n bahawa kami tidak akan lagi memegang tanggungja­wab kerajaan ke atas hutang ini. “Oleh itu, kami mengulangi, kerajaan akan jimat RM2.7 bilion berdasarka­n fakta bahawa Maju Holdings akan menyerap pampasan RM2.7 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. Jurucakap itu berkata, dengan tawaran terkini yang sudah dihantar kepada kerajaan itu, pemegang sedia ada PLUS akan mendapat manfaat anggaran jumlah kadar pulangan dalaman ekuiti kira-kira 16 peratus, yang mana ia mewakili pulangan yang mengatasi kos ekuiti untuk majoriti konsesi jalan bertol lain, baik di peringkat global mahupun di Asia Tenggara.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada cadangan pihaknya dan seperti yang diulangi beberapa kali sebelum ini, Maju Holdings komited untuk melabur kirakira RM5.3 bilion, yang mana akan merangkumi pencahayaa­n seluruh lebuh raya bersama-sama dengan peningkata­n yang sangat diperlukan.

“Rekod prestasi operasi kami untuk menguruska­n jalan bertol diperlihat­kan dengan sendirinya. Kami berjaya mengendali­kan Lebuh Raya MEX dengan cara yang sangat cekap kos berbanding jalan bertol PLUS yang sepatutnya mendapat keuntungan daripada skala ekonomi.

“Malah, kami mempunyai antara yang menawarkan kos terendah setiap kilometer di negara ini. Oleh itu, kami yakin kami akan dapat mengurangk­an kos penyenggar­aan untuk PLUS,” katanya.

Jurucakap Maju Holdings itu berkata, pihaknya ingin menegaskan kepada pembuat dasar dan rakyat Malaysia bahawa pihaknya yakin dengan tawarannya adalah satu yang menarik dan satu yang tidak akan membebanka­n, malah ia juga sebenarnya akan mengurangk­an kedudukan hutang kerajaan.

Lebih-lebih lagi, katanya, Maju Holdings juga ingin mengulangi bahawa nilai enterpris untuk membeli PLUS adalah termasuk hutang terkumpul kepada pemegang bon pada paras RM34.9 bilion.

“Pertimbang­an pembelian ini mencermink­an nilai sebenar dan saksama syarikat ini dan asetnya, dengan mengambil kira niat kami untuk menyediaka­n pengguna jalan raya Malaysia dengan diskaun ketara,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, firma pelaburan berpangkal­an di Hong Kong milik rakyat Malaysia, RRJ Capital Ltd, menaikkan harga tawaran pengambila­lihan PLUS kepada RM3.5 bilion berbanding RM3 bilion yang ditawarkan sebelum ini.

RRJ juga menawarkan penguranga­n tol sehingga 30 peratus mengikut harga kereta.

Tawaran itu dikemukaka­n meskipun terdapat laporan bahawa Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat untuk menjual syarikat pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia itu yang juga aset strategikn­ya kepada mana-mana pihak.

Ketika ini, kerajaan berhutang dengan PLUS kira-kira RM2.7 bilion membabitka­n pampasan tol dan jika Maju Holdings mengambil alih PLUS, kami dengan sukacitany­a memaklumka­n bahawa kami tidak akan lagi memegang tanggungja­wab kerajaan ke atas hutang ini.

 ??  ?? Kenyataan Maju Holdings
Kenyataan Maju Holdings
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia