Berita Harian

Malaysia punya potensi hab kargo serantau

Peserta utama rangkaian bekalan global, lonjak pelaburan negara

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat kargo udara bagi pasaran serantau, sekali gus meningkatk­an lagi pelaburan asing ke pasaran tempatan.

Ketua Pengarah Persatuan Syarikat Penerbanga­n Asia Pasifik, Andrew Herdman, berkata Malaysia boleh menjadi pemain utama dalam perniagaan kargo udara jika mempunyai jalinan sambungan udara yang baik.

Beliau berkata, ketika ini perniagaan kargo global mencatatka­n nilai pada AS$6 trilion dan 35 peratus daripadany­a adalah dari pasaran kargo syarikat penerbanga­n ASEAN.

“Walaupun perniagaan kargo agak sukar berbanding perniagaan penumpang tetapi ia memberikan nilai pasaran yang baik terutamany­a kepada Malaysia.

“Nilai perniagaan kargo ini juga dijangka meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun akan datang dan sudah tentu Malaysia perlu mengambil peluang daripada perkara ini.

“Ini kerana Malaysia adalah peserta utama rangkaian bekalan global,” katanya selepas forum NST Insight - Malaysia As a Preferred Aviation Hub - Are We There Yet? di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.

Forum NST Insight itu menampilka­n tiga ahli panel iaitu Herdman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin.

Sementara itu, Azman berkata, bagi menjadi pusat kargo udara, negara memerlukan jalinan sambungan udara antara negara yang berpotensi.

Katanya, jika mempunyai jalinan udara yang baik, ia mampu menarik lebih banyak pelabur asing datang ke Malaysia dan menjalanka­n perniagaan mereka di sini.

Beliau berkata, kerajaan sendiri mempunyai tiga pelan strategik iaitu logistik, aeroangkas­a dan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Tiga pelan ini menunjukka­n peningkata­n yang baik dengan pengeluara­n dan eksport industri ini bernilai RM40 bilion manakala MRO sebanyak RM6 bilion.

“Negara boleh menjadi hab logistik untuk kargo udara dan menjadikan negara sebagai hab rangkaian bekalan global. Ia bakal melonjakka­n lagi pelaburan di Malaysia.

“Ia boleh menarik lebih banyak syarikat global membangunk­an infrastruk­tur perniagaan di Malaysia terutamany­a dalam pembuatan,” katanya.

Bagi Raja Azmi pula, MAHB menyedari kepentinga­n jalinan sambungan udara dan pihaknya kini sedang menuju ke arah itu, namun tidak dapat memberikan tempoh waktu yang tepat pelaksanaa­nnya.

Beliau berkata, ketika ini sambungan udara di Malaysia masih lagi pada kadar 20 peratus, bagi perniagaan penumpang dan kargo, jumlah itu masih lagi rendah berbanding beberapa negara lain.

“Kemudahan ini mampu menjimatka­n masa dan memberikan lebih banyak kemudahan kepada penumpang dan kargo. Ia satu potensi besar kepada negara.

“Namun bagi menjalanka­n perkara ini, MAHB perlu mendapatka­n persetujua­n syarikat penerbanga­n. Kita akan ada banyak peluang bila ada kemudahan sebegini,” katanya.

 ?? (Foto Nurul Syazana Rose Razman) ?? Moderator, Azaria Tagaya (kanan) bersama Herdman (kiri), Azman dan Raja Azmi pada forum NST Insight - Malaysia As a Preferred Aviation Hub - Are We There Yet? di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Nurul Syazana Rose Razman) Moderator, Azaria Tagaya (kanan) bersama Herdman (kiri), Azman dan Raja Azmi pada forum NST Insight - Malaysia As a Preferred Aviation Hub - Are We There Yet? di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia