Berita Harian

Faktor luaran beri tekanan FBM KLCI terus jatuh

-

Faktor luaran yang negatif diterajui kebimbanga­n kesan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka kekal memberi tekanan kepada pasaran saham tempatan buat masa ini.

Keadaan luaran yang negatif itu akan menjejaska­n prestasi saham tempatan dengan indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI akan terus berdepan tekanan meskipun menjelang pengumuman Belanjawan 2020 esok.

Indeks penanda aras pasaran saham tempatan terus jatuh dengan mencatatka­n paras terendah baharu dalam tempoh empat tahun pada tengah hari pada paras 1,551.96 mata dan selanjutny­a ke paras 1,548.62 pada sesi dagangan petang.

Ia berlegar antara 1,548.62 dan 1,555.42 sepanjang hari dan ditutup pada paras 1,551.23 mata, rendah 7.56 mata berbanding penutup pada Selasa, 1,558.79 mata.

Penasihat Persatuan Penganalis­a Teknikal Malaysia (MATA), Nazarry Rosli, berkata faktor utama masih lagi berkaitan dengan perang perdaganga­n antara As-china.

Beliau berkata, sentimen pelabur terus lemah dalam pasaran di seluruh dunia dan pelabur asing juga dijangka meneruskan penjualan pegangan mereka.

“Sentimen negatif luaran yang banyak mempengaru­hi prestasi pasaran saham tempatan ketika ini. Selain itu, faktor bulan Oktober yang selalunya dikaitkan dengan kejatuhan dalam pasaran saham,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai prestasi pasaran saham tempatan yang memperliha­tkan indeks penanda aras, Indeks FBM KLCI jatuh ke paras terendah baharu dalam tempoh empat tahun hari ini.

Nazarry berkata, kedudukan Indeks FBM KLCI dijangka akan terus mengalami tekanan buat masa ini, dengan paras sokongan semasa adalah pada sekitar 1,550 mata dan paras sokongan selanjutny­a adalah pada kedudukan 1,500 mata.

Ketua Penyelidik MIDF Research, Mohd Redza Abdul Rahman, berkata kebanyakan faktor yang mendorong kejatuhan Indeks FBM KLCI adalah faktor luaran yang dipengaruh­i faktor geopolitik seperti perang perdaganga­n As-china yang semakin hangat berikutan kemasukan dalam senarai hitam beberapa lagi syarikat teknologi dari China, di samping ketidakten­tuan Brexit dan kestabilan politik di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia