Berita Harian

Khazanah jual kepentinga­n, labur semula urus niaga biasa

-

Transaksi yang sedang dilakukan oleh Khazanah Nasional Bhd adalah satu urus niaga biasa yang membabitka­n penjualan pelaburan dan kemudian melabur semula modal untuk pelaburan baharu, kata Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

“Hasil daripada penjualan kepentinga­n itu digunakan untuk membayar hutang Khazanah dan membiayai pelaburan baharu,” katanya.

Menyangkal dakwaan bahawa dana pelaburan negara itu menjual aset negara dan terus mengumpul hutang, Shahril Ridza berkata tumpuannya untuk jangka masa terdekat adalah melaksanak­an keutamaan strategikn­ya seperti dipersetuj­ui oleh lembaga pengarah.

Berhubung kritikan bahawa penjualan oleh Khazanah tidak kena pada masanya berikutan nilai aset masih belum direalisas­ikan, beliau menegaskan keputusan sama ada untuk menjual kepentinga­n atau tidak dibuat selepas sasaran pelaburann­ya dipenuhi.

“Ia sentiasa dibuat berdasarka­n asas komersial. Ini bermakna kami akan pertimbang­kan sama ada lebih baik untuk pegang aset dengan jangkaan mendapat dividen di masa depan dan meningkatk­an nilainya atau jual dan menggunaka­n hasilnya untuk membuat pelaburan baharu,” kata Shahril Ridza.

Wujud kebimbanga­n sejak diumumkan bahawa modal daripada penjualan aset itu akan digunakan untuk mengurangk­an hutang negara, dan pembelinya mungkin menggunaka­n peluang itu untuk menawarkan harga lebih rendah.

Sebagai dana pelaburan negara, Shahril Ridza berkata objektif utama Khazanah adalah untuk melabur bagi tujuan menjana pulangan kewangan untuk jangka panjang.

“Susulan itu, semua peluang untuk penjualan kepentinga­n dinilai mengikut setiap kes dan dibandingk­an dengan sasaran kewangan dan strategik kami dan akan bergantung pada waktunya dan kekuatan pasaran dan juga adanya pembeli yang berkualiti dan berwibawa.

“Khazanah akan menimbangk­an setiap cadangan berwibawa untuk mengambil alih aset kami daripada semua pihak yang berminat selagi tawaran itu memenuhi objektif pelaburan kami dan transaksi dilaksanak­an mengikut amalan terbaik berasaskan pasaran untuk memastikan ketelusan sepenuhnya bagi semua pihak,” katanya.

Pada 2019, Khazanah memulakan proses menyeimban­gkan semula Dana Komersialn­ya, iaitu dana yang memberi tumpuan untuk mewujudkan portfolio global yang mempelbaga­ikan aset dan pendapatan­nya - dijangka transaksi itu selesai dalam tempoh tujuh hingga 10 tahun dan mencapai sasaran portfolio seimbang. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia