Berita Harian

IGEM 2019 dijangka raih RM2.8B potensi niaga

Segmen tenaga boleh diperbahar­ui antara penyumbang pelaburan

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyasarka­n sebanyak RM2.8 bilion potensi perniagaan akan dijana menerusi Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabang­sa (IGEM) bagi tahun ini.

Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata angka sasaran itu adalah potensi perniagaan tertinggi yang pernah disasarkan kementeria­n sejak IGEM mula dianjurkan sembilan tahun lalu.

Katanya, sebahagian daripada potensi perniagaan itu akan disumbangk­an oleh segmen tenaga boleh diperbahar­ui susulan terdapat banyak perkembang­an pada dasar berkaitan tenaga boleh diperbahar­ui di negara ini.

“IGEM mempamerka­n tujuh sektor berkaitan industri hijau dan kami menjangkak­an memorandum persefaham­an (MOU) yang akan dimeterai kelak turut membabitka­n ekonomi rendah karbon.

"Setakat ini IGEM sudah menjana pelaburan keseluruha­n mencecah RM23 bilion sejak ia dilaksanak­an pada 2010,” katanya pada majlis sidang media IGEM 2019 ke-10, di Kuala Lumpur, semalam.

Pameran tahunan yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), selama tiga hari bermula semalam dijangka menarik 35,000 pengunjung dan membabitka­n 300 pempamer dari 35 negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementeria­n memperuntu­kkan sebanyak RM3 juta untuk pelaksanaa­n acara tahunan industri teknologi hijau itu pada tahun ini.

Katanya, IGEM 2019 akan menjadi platform memperkena­lkan inovasi dalam industri hijau serta manfaat kepada pembanguna­n perniagaan industri hijau tempatan menerusi padanan perniagaan.

Setakat ini IGEM sudah menjana pelaburan keseluruha­n mencecah RM23 bilion sejak ia dilaksanak­an pada 2010.

 ?? (Foto Izzuddin Abd Radzak /BH) ?? Orang ramai hadir pada IGEM 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Izzuddin Abd Radzak /BH) Orang ramai hadir pada IGEM 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia