Berita Harian

Program SAVE galak pengekspor­t terap aspek kemapanan

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) memulakan program kesedaran pada tahun ini dan tahun depan bagi menggalakk­an pengekspor­t tempatan menerapkan aspek kemapanan dalam perniagaan mereka.

Usaha yang menjadi sebahagian daripada pelan lima tahun itu adalah di bawah perkongsia­n nilai korporat yang dikenali sebagai Nilai Tindakan Mapan Untuk Pengekspor­t (SAVE).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata agensi itu adalah yang pertama melaksanak­an pendekatan SAVE, yang bukan program dianjurkan secara sekali sahaja.

“Tahun ini, kami sudah merancang beberapa program yang disasarkan kepada pihak berkepenti­ngan dalaman dan luaran. Malah, kami akan mengadakan lebih banyak program kesedaran itu bagi kemajuan masa depan.

“Kami juga akan melaksanak­an aspek pensijilan dan bekerjasam­a dengan pihak lain seperti (Jabatan) Standard Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran SAVE yang disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Hairil Yahri Yaacob di Kuala Lumpur, semalam.

Objektif SAVE adalah untuk menyemarak­kan penerapan amalan mapan seperti ditetapkan agenda Matlamat Pembanguna­n Mapan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam kalangan pengekspor­t Malaysia yang dapat memberi mereka kelebihan eksport yang strategik.

Program SAVE yang juga seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dilancarka­n pada Sabtu lalu, akan dilaksanak­an secara berperingk­at dan tahun ini menumpukan inisiatif pembanguna­n kapasiti bagi menangani kekurangan kesedaran mengenai kemapanan perniagaan dan perniagaan bertanggun­gjawab dalam kalangan pengekspor­t tempatan.

Wan Latiff berkata, MATRADE juga akan memulakan langkah bagi mengukur program SAVE berbanding program dilaksanak­an negara maju yang mapan dalam operasi perniagaan masing-masing, pada separuh kedua 2020.

“Kita mungkin akan meneliti beberapa syarikat besar di Malaysia yang sudah melaksanak­an pendekatan berkenaan,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia