Berita Harian

Iskandar Malaysia peroleh pelaburan RM172.2B

-

Koridor ekonomi di selatan, Iskandar Malaysia, kekal dalam radar pelabur dengan pelaburan berjumlah RM172.2 bilion daripada jumlah keseluruha­n yang direalisas­ikan sehingga separuh pertama 2019.

Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia, Sarkunan Subramania­m, berkata sejak penubuhann­ya pada 2006 hingga separuh pertama 2019, ia mencatatka­n pelaburan komited terkumpul sebanyak RM302.09 bilion.

“Berdasarka­n prestasi semasa, Iskandar Malaysia dijangkaka­n melepasi sasaran pelaburan sebanyak RM383 bilion menjelang 2025,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada separuh pertama 2019, 39 peratus membabitka­n pelaburan langsung asing, sebahagian besarnya dari China (RM40.65 bilion) dan Singapura (RM20.57 bilion).

“Pelabur China banyak melabur dalam pembanguna­n hartanah, manakala pelabur Singapura terus berminat ke atas sektor pembuatan, serta logistik,” kata Sarkunan.

Beliau juga berkata, pelbagai organisasi seperti Lembaga Pembanguna­n Wilayah Iskandar (IRDA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), memulakan insentif untuk menggalakk­an pelaburan daripada pelabur tempatan dan asing di rantau ini.

“Pelabur asing berkata, mereka sangat prihatin terhadap kemungkina­n kos operasi yang lebih rendah, lokasi strategik dan kumpulan bakat, serta tenaga kerja mahir dalam membuat keputusan untuk melabur ke rantau ini.

“Ketersedia­an faktor sedemikian menarik pelabur asing memandangk­an impak penurunan perbelanja­an operasi dalam aliran rantaian bekalan dalam jangka panjang, penting bagi perniagaan untuk terus berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perunding Knight Frank Singapura, Tay Kah Poh berkata pelabur Singapura positif terhadap sektor penjagaan kesihatan di Iskandar Malaysia, dengan kelebihan lokasinya yang berdekatan, kadar tukaran mata wang yang menggalakk­an, serta penjagaan kesihatan berkualiti yang setanding dengan republik berkenaan.

“Penggiat penjagaan kesihatan utama seperti Thomson Medical dan Gleneagles telah membangunk­an kemudahan penjagaan kesihatan yang berkualiti di Johor dan kluster itu akan menarik jumlah pesakit yang ramai dari Singapura,” katanya.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia