Berita Harian

Exxon pertimbang jual aset huluan di Malaysia

Syarikat gergasi AS teruskan program pelupusan

-

Exxon Mobil Corp sedang menimbang untuk menjual aset huluan luar pesisir di Malaysia ketika gergasi tenaga Amerika Syarikat (AS) itu sedang meneruskan program pelupusann­ya, kata individu yang mempunyai pengetahua­n mengenai perkara itu.

Syarikat itu sedang bekerjasam­a dengan sebuah penasihat berhubung potensi menjual asetnya di Malaysia, yang boleh menjana antara AS$2 bilion (RM8.4 bilion) hingga AS$3 bilion (RM12.6 bilion), kata individu berkenaan, yang enggan dikenali kerana perkara terbabit adalah sulit.

Exxon sudah mula mengenal pasti pembeli berpotensi, walaupun pertimbang­an penjualan itu masih di peringkat awal dan syarikat boleh membatalka­n urus niaga berkenaan, kata individu terbabit.

Pembida berpotensi aset itu termasukla­h syarikat tenaga utama lain yang mempunyai kepentinga­n di rantau ini, katanya.

Exxon tidak memberikan maklum balas kepada pertanyaan di luar waktu perniagaan­nya di Texas, di mana ibu pejabatnya ditempatka­n, manakala wakil di Singapura dan Australia tidak dapat memberikan kenyataan.

Urus niaga itu akan menyusuli penjualan asetnya di Norway bernilai AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) bulan lalu, yang menjadi sebahagian pelan pelupusan syarikat bagi membantu membiayai antara pemulihan korporat terbesar dalam sejarahnya selepas beberapa tahun berdepan pengeluara­n yang tidak berkembang, manakala harga sahamnya gagal menyaingi pesaing.

Di Asia, Exxon berkemungk­inan menghentik­an projek bernilai AS$5 bilion (RM20.1 bilion) di Vietnam, Indonesia, Thailand, Australia serta Malaysia, sebagai sebahagian projek penjualan asetnya, kata penanalisi­s Wood Mackenzie, Andrew Harwood dalam satu kenyataan.

Exxon mengeluark­an minyak dan gas di Malaysia di bawah empat kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) dengan PETRONAS, menurut laman webnya.

PSC terbabit meliputi kawasan luar pesisir seluas 2.4 juta ekar dengan terma pengeluara­n dan penerokaan sehingga 38 tahun, kata Exxon dalam kenyataan terkininya. BLOOMBERG

 ??  ?? Syarikat Exxon Mobil sedang bekerjasam­a potensi jual aset di Malaysia. dengan penasihat berhubung
Syarikat Exxon Mobil sedang bekerjasam­a potensi jual aset di Malaysia. dengan penasihat berhubung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia