Berita Harian

Airasia Filipina tangguh rancangan IPO

-

Manila: Airasia Filipina menangguhk­an tawaran awam permulaann­ya (IPO) kepada tahun depan atau 2021 berikutan tumpuannya terhadap penyusunan semula korporat dan mencari dana daripada pemegang saham semasanya, kata Pengerusin­ya.

Syarikat penerbanga­n kos rendah itu merancang untuk melaksanak­an penyenarai­an dan meraih sekitar AS$200 juta (RM839.3 juta) sejak tahun 2015, tetapi telah membatalka­n rancangan itu beberapa kali kerana keadaan pasaran yang lemah dan harga minyak yang tidak menentu.

“Menurut anggaran garis masa kami, syarikat melihat IPO ini untuk dilakukan pada suku ketiga tahun depan hingga suku pertama tahun 2021,” kata Pengerusi Airasia Filipina, Joseph Omar Castillo kepada wartawan.

Satu lagi pertimbang­an penting ialah terhadap prestasi pasaran saham yang baik, katanya.

Syarikat itu sedang disusun semula selepas ahli parlimen Filipina, Michael Romero membeli beberapa saham pelabur pada Jun lalu untuk menjadi pemegang saham terbesar tunggal syarikat penerbanga­n itu.

Penerbanga­n tambang murah itu merancang untuk meraih dana melalui saham biasa dan pilihan.

Airasia Filipina meninjau penilaiann­ya berjumlah AS$600 juta (RM2.52 bilion) dan merancang untuk meraih AS$200 juta tahun ini untuk membeli pesawat dan mengembang­kan laluannya.

Ia menyasar untuk meningkatk­an pendapatan sebanyak 39 peratus kepada rekod 29 bilion peso (AS$560 juta) dengan membawa 10 juta penumpang tahun ini, kata Naib Pengerusi, Shiela Romero.

Syarikat penerbanga­n itu memulakan operasi di Filipina pada tahun 2012 dan mempunyai 23 pesawat Airbus yang membawa laluan ke Filipina dan luar.

REUTERS

 ??  ?? Airasia kini giat melakukan penyusunan korporat dan mencari dana daripada pemegang saham.
Airasia kini giat melakukan penyusunan korporat dan mencari dana daripada pemegang saham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia