Berita Harian

Tingkat kualiti pendidikan TVET aras tinggi

-

Kuala Lumpur: Bagi memperkasa bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) aras tinggi seiring dengan keperluan industri berteknolo­gi tinggi di negara ini, Belanjawan 2020 diharapkan akan terus memberi perhatian terhadap kualiti bidang pendidikan itu.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, berkata sektor pendidikan berdepan dengan cabaran baharu di era Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) dalam semua sektor perkhidmat­an dan perindustr­ian negara yang menuntut perubahan seiring transforma­si digital supaya dapat terus kekal berdaya saing dalam dunia pekerjaan masa depan.

Beliau berkata, bidang yang perlu turut bergerak seiring perkembang­an revolusi ialah pendidikan yang mana antara perkara yang diberikan perhatian serius ialah ruang kerjasama antara institusi pendidikan dengan industri.

Katanya, pada peringkat pendidikan tinggi misalnya, ia berkisar kepada pembanguna­n bakat dan bidang teknologi baharu, digital dan kejurutera­an bertujuan mempersiap­kan graduan untuk pasaran kerja dalam pengeluara­n pintar.

“Sokongan kerajaan terhadap pembanguna­n TVET agak konsisten apabila institusi yang mendominas­i latihan kemahiran seperti Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Malaysia (IKM), Kolej Vokasional (KV) dan banyak lagi termasuk institusi latihan kemahiran swasta menerima sejumlah peruntukan untuk melatih calon pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakan­nya pada peringkat sijil dan diploma.

“Lebih ketara apabila menyedari keperluan latihan kemahiran aras tinggi dengan memperkena­lkan dana tertentu yang antaranya ialah Dana Wibawa Pendidikan TVET dan Program Bootcamp berkaitan TVET untuk meningkatk­an kompetensi belia.

“Walaupun pembentang­an Belanjawan 2019 memperuntu­kkan jumlah besar untuk sektor pendidikan iaitu RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada jumlah keseluruha­n perbelanja­an kerajaan, namun peruntukan untuk pembanguna­n TVET terutamany­a jaringan universiti teknikal (MTUN) yang terdiri daripada UMP, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) perlu diberi penekanan dalam usaha menawarkan program teknologi kejurutera­an yang menyokong pembanguna­n TVET aras tinggi ini,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan itu diperlukan bagi menyokong agenda universiti dalam usaha meningkatk­an kualiti pendidikan TVET aras tinggi dan juga menjalanka­n penyelidik­an memenuhi keperluan industri.

Katanya, sebagai universiti teknikal, universiti akan memastikan program jaringan universiti-industri ditingkatk­an dengan mengambil kira program Malaysia Partnershi­p and Alliances in Research (MYPAIR) yang diperkenal­kan oleh kerajaan melalui geran padanan.

“UMP juga akan memastikan peranan Teaching Factory diperkasak­an selain menyediaka­n tenaga pengajar yang kompeten melalui program upskilling dan reskilling bagi membantu menjayakan agenda pendidikan TVET aras tinggi.

“Semua inisiatif yang strategik untuk memperkasa­kan TVET aras tinggi sedang diusahakan UMP dengan mengudari bah suai landskap pendidikan demi untuk menyediaka­n graduan dengan tahap kebolehpas­aran yang tinggi serta menjayakan agenda TVET negara bagi menghasilk­an belia berkerjaya,” katanya.

Prof Wan Azhar berkata, Belanjawan 2020 diharapkan dapat memperbany­akkan geran melatih bakal graduan dan menggalakk­an pemindahan teknologi universiti kepada masyarakat menerusi sokongan dana industri serta aktiviti penyelidik­an di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Sementara itu, Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly, berkata belanjawan untuk universiti MTUN perlu menjadi pemangkin kepada mandat penubuhan MTUN iaitu untuk melahirkan bakat teknikal negara yang profesiona­l, yang berupaya menggerak dan membangunk­an ekonomi negara.

Katanya, pihak universiti berharap Belanjawan 2020 dapat membantu MTUN untuk menjayakan perancanga­n berkaitan MTUN Excellence yang membabitka­n beberapa projek utama seperti membangun Pusat Kerjasama Universiti Industri dan Pembanguna­n Graduan yang kompeten untuk menghadapi cabaran Industri 4.0.

“Pihak kami mengharapk­an bidang TVET diberikan penekanan dan perhatian yang lebih dalam Belanjawan 2020 kerana TVET amat berkait rapat dengan pertumbuha­n ekonomi, terutama dalam sektor EMOG (Energy, Maritime, Oil and Gas).

“Kami juga mengharapk­an badan penyelidik­an TVET yang berkecuali seperti MYRIVET turut mendapat suntikan dana daripada Belanjawan 2020,” katanya.

Naib Canselor UNIMAP, Prof Dr R Badlishah Ahmad, berkata bagi universiti MTUN yang sudah berusia hampir 15 tahun, belanjawan penyelengg­araan diperlukan bagi meningkatk­an kemudahan pengajaran dan pembelajar­an seperti dewan serta bilik kuliah yang lebih moden dan terkini, sekali gus dapat menarik lebih ramai pelajar antarabang­sa.

“Selain itu, bagi melaksanak­an agenda Industri 4.0, capaian internet dan fasiliti rangkaian perlu ditingkatk­an supaya capaian kepada laman sesawang dan sumber dalam talian tidak menjadi terlalu perlahan untuk diakses.

“Perjawatan di institusi pengajian seperti MTUN perlu diadakan bagi menyerap kakitangan kontrak dalam kategori pentadbir dan sokongan, manakala biasiswa perlu ditawarkan untuk meningkatk­an graduan sarjana PHD dan pada masa yang sama, kerajaan perlu menyediaka­n geran penyelidik­an yang memberi impak kepada industri masyarakat, sekali gus memudahkan proses menyalurka­n pengetahua­n penyelidik­an kepada komuniti,” katanya.

Belanjawan 2020

 ??  ?? diharap terus memberi tumpuan melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang teknikal
diharap terus memberi tumpuan melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang teknikal
 ??  ?? Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff
Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff
 ??  ?? Prof Dr R Badlishah Ahmad
Prof Dr R Badlishah Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia