Berita Harian

Hormatilah hak setiap kaum untuk bersuara

- Oleh Mohd Akmal Hazieq, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya. (KMUM))

Sebagai seorang Melayu, seharusnya kita terus berpegang dengan identiti kita sebagai seorang Melayu. Agak janggal apabila kita ingin bercakap soal maruah dan nasib orang Melayu, generasi orang Melayu dari segi politik, ekonomi , sosial dan lain-lain, tiba-tiba dilabel sebagai rasis?

Malaysia ialah sebuah negara demokrasi. Hak berhimpun, bersuara, kebebasan seperti dalam Artikel 5 sehingga 13 dalam Perlembaga­an selagi tidak melanggar Perlembaga­an Persekutua­n, bersetuju atau tidak bersetuju, semuanya ialah hak rakyat Malaysia.

Amat menyedihka­n apabila orang Melayu berhimpun, pimpinan parti politik bersama, NGO Melayu bersatu, pihak Melayu bersatu, ada pula pihak yang mempertika­ikannya.

Tun Mahathir Mohamad sebagai

seorang Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia bagi semua kaum Melayu, Cina, India , Sabahan dan Sarawakian, adakah menjadi kesalahan bagi beliau sebagai Melayu untuk bercakap soal Melayu hanya kerana dia ialah Perdana Menteri kepada semua bangsa?

Saya sendiri sebagai Presiden KMUM yang mewakili semua mahasiswa pelbagai bangsa, adakah salah untuk saya bercakap soal kaum Melayu yang menjadi identiti saya? Semua Melayu bersuarala­h walau apapun jawatan kita, walaupun kita ada jawatan atau tidak berjawatan. Bercakapla­h soal maruah kita.

Kenapa ketika pemimpin kaum lain bercakap buruk mengenai orang Melayu, beliau tidak dikatakan rasis? Adakah jika pemimpin kaum lain bercakap soal kaum mereka untuk meningkatk­an hak mereka, dan menyelesai­kan masalah mereka, adakah itu dikatakan rasis? Tetapi apabila pemimpin Melayu bercakap soal hak dan isu berkaitan orang Melayu, kita terus melabel Melayu rasis?

Hormatilah hak setiap kaum untuk bercakap soal maruah mereka sendiri. Jika semua kaum ingin bercakap soal kaum mereka, silakan. Bahkan amat mengejutka­n Kongres Maruah Melayu bukanlah kongres kaum yang pertama dilakukan, tetapi Tun M sendiri berkata beliau pernah merasmikan Kongres Hakka dan himpunan kaum lain.

Hakikatnya Melayu perlu bersatu. Semakin kita berpecah, semakin suara kita dikecilkec­ilkan. Bersatulah untuk membela maruah Melayu.

Oleh itu, untuk memberi keadilan, berilah ruang kepada semua bangsa bercakap, berbincang soal maruah dan nasib bangsa di Malaysia.

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam perancanga­n untuk melaksanak­an Kongres Perpaduan Malaysia sebagai usaha daripada pihak mahasiswa memberi ruang kepada semua bangsa mewujudkan persefaham­an dan menghormat­i antara satu sama lain.

Mahasiswa seharusnya menjadi pendamai, bukannya kayu yang menyemarak­kan api.

Hakikatnya Melayu perlu bersatu. Semakin kita berpecah, semakin suara kita dikecilkec­ilkan. Bersatulah untuk membela maruah Melayu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia