Berita Harian

UMS, REPSOL jalin kerjasama bina bakat muda

-

Kota Kinabalu: REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited (RESPOL) menganjurk­an bengkel kerjaya membabitka­n kira-kira 300 peserta terdiri daripada pelajar tahun pertama dan akhir jurusan kejurutera­an Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, baru-baru ini.

Pengurus Kanan REPSOL, Dayangku Marianah Pengiran Mahmuddin, berkata penganjura­n bengkel itu adalah antara pendekatan pihaknya untuk menyumbang bakti kepada komuniti dengan memfokuska­n kepada bidang keselamata­n, pendidikan, kesihatan dan pembanguna­n modal insan.

“Kami membina bakat muda generasi kini melalui program biasiswa REPSOL yang mula dilancarka­n pada 2008 di mana tajaan biasiswa dimulakan kepada tiga universiti iaitu Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Sains Malaysia (USM) dana Universiti Malaya (UM).

“UMS mula menjadi rakan strategik REPSOL pada 2014 diikuti dengan menandatan­gani perjanjian persefaham­an pada tahun sama dengan objektif untuk memanfaatk­an bakat muda di Sabah,” katanya.

Majlis perasmian program kali ketiga itu disempurna­kan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Yang turut hadir, Ketua Penasihat Perhubunga­n Kerajaan dan Komuniti (Sabah/labuan) REPSOL, Datuk Eddie Abdullah; Penolong Naib Canselor UMS, Prof Dr Marcus Jopony dan Pengarah Pusat Kerjaya serta Alumni UMS, Prof Madya Dr Lai Yew Ming.

Sementara itu, Prof Marcus ketika membacakan teks ucapan Naib Canselor berkata, setiap peserta mestilah memanfaatk­an ilmu yang dikongsika­n penceramah dengan sebaiknya.

“Program ini adalah satu peluang menimba ilmu, berkongsi idea, duduk bersama-sama untuk membincang­kan beberapa isu etika dalam kerjaya dan perniagaan yang saya yakin amat berguna kepada pelajar terutama apabila masuk ke alam pekerjaan kelak.

“Menjadi tanggungja­wab anda untuk memastikan ciri-ciri etika dalam pekerjaan atau kerjaya yang dipilih itu menepati landasan moral dan etika agama sebaik-baiknya. Ingatlah ilmu itu makanan jiwa, namun ilmu tanpa etika dan adab pasti akan binasa,” katanya.

 ??  ?? Peserta bengkel merakamkan gambar kenangan bersama-sama tetamu jemputan pada majlis yang diadakan di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Peserta bengkel merakamkan gambar kenangan bersama-sama tetamu jemputan pada majlis yang diadakan di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia