Berita Harian

Masyarakat bertanggun­gjawab banteras najis dadah

-

Jelebu: “Pembabitan saya dalam program Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungja­wab (SMART) untuk manfaat diri sendiri, selain mahu berkongsi pengetahua­n dengan sahabat serta ahli keluarga mengenai bahaya pengambila­n dadah dalam kehidupan.”

Itu pendapat Faris Danial Faizul Umri, 19, antara 34 pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) cawangan Kuala Pilah yang menyertai program SMART anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Pilah di Kuala Klawang, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sebelum ini, dia hanya mengetahui mengenai bahaya dadah sebagai salah di sisi undang-undang sahaja tetapi tidak pada tanggungja­wab masyarakat dalam membantera­s gejala tidak sihat itu.

“Saya tidak pernah mengambil tahu perkara yang berkaitan dadah sebelum ini, walhal sebagai anggota masyarakat, saya juga bertanggun­gjawab bersama-sama membantera­s penyalahgu­naan dadah terutama dalam kalangan generasi muda.

“Dadah bukan sekadar racun kepada seseorang tetapi boleh menjadi virus jika dibiarkan begitu sahaja. Pengambila­n dadah tidak hanya dilihat sebagai perbuatan seolah-olah membunuh diri tetapi juga mampu membahayak­an masyarakat sekeliling­nya,” katanya.

Perasmian program SMART disempurna­kan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.

Yang turut hadir, Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, UITM Kuala Pilah, Tun Zhafarina Mustafa Al Bakri.

Sementara itu, Pegawai AADK Kuala Pilah, Rozita Mohd Rusli, berkata program SMART memberi tumpuan kepada golongan belia bagi mengelakka­n mereka terbabit dengan gejala penyalahgu­naan dadah.

Katanya, melalui program berkenaan dapat mendorong golongan muda untuk menjadi ejen penyampai maklumat kepada rakan lain seterusnya dapat mengelak daripada terjerumus dalam kancah penagihan dan pengedaran dadah.

“Tidak dinafikan generasi muda kini terdedah dengan pelbagai godaan dan mudah terpengaru­h. Melalui program seperti inilah yang boleh mendidik masyarakat kita terutama generasi muda mengenai bahana terbabit dengan kancah dadah,” katanya.

 ?? (Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh) ?? Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir menyampaik­an sijil kepada peserta program SMART anjuran AADK Kuala Pilah di kem latihan di Kuala Klawang.
(Foto Abnor Hamizam Abd Manap/bh) Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir menyampaik­an sijil kepada peserta program SMART anjuran AADK Kuala Pilah di kem latihan di Kuala Klawang.
 ??  ?? Peserta mendengar taklimat daripada pegawai AADK Kuala Pilah ketika aktiviti ala mencari harta karun.
Peserta mendengar taklimat daripada pegawai AADK Kuala Pilah ketika aktiviti ala mencari harta karun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia