Berita Harian

Amal gaya hidup sihat, benci dadah

-

Kuala Lumpur: Penyalahan gunaan dadah dan bahan terlarang masih menjadi masalah yang serius kepada negara sekali gus memberi kesan kepada kesihatan masyarakat, kehidupan sosial dan pentadbira­n.

Laporan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendedahka­n bahawa antara tahun 2014 dan 2018, kes ketagihan di seluruh negara berjumlah lebih dari hingga 130,000 termasuk kes berulang, manakala 20,000 rakyat Malaysia dilaporkan meninggal setiap tahun akibat merokok.

Dalam usaha untuk meningkatk­an kesedaran mengenai bahaya penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang serta menggalakk­an kesihatan pencegahan dan penjagaan kesihatan mental, Chalkzone Academia Club, Universiti SEGI menganjurk­an Forum Anti Dadah 2019, di sini, baru-baru ini.

Lebih 200 pelajar, kakitangan dan tetamu jemputan hadir memeriahka­n program berkenaan.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar, Universiti SEGI, Prof Dr Azrin Esmady Ariffin, berkata selain menggalakk­an pelajar mengamalka­n gaya hidup bersih dan sihat, forum itu juga bertujuan untuk mendidik mereka mengenai kesan penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang dari perspektif pengawal undang-undang, kakitangan perubatan dan advokasi sosial.

Katanya, Forum Anti Dadah itu adalah sebahagian daripada Student Enrichment Programme Universiti SEGI yang bertujuan untuk meningkatk­an perkembang­an peribadi dan profesiona­l pelajar melalui penyertaan dalam bengkel, persidanga­n, forum, ceramah dan pameran.

“Inisiatif ini dijalankan terutamany­a oleh pelajar dari Fakulti Pendidikan, di mana ia juga sebahagian daripada ikrar mereka sebagai pendidik masa depan untuk mewujudkan persekitar­an bebas dadah untuk generasi akan datang.

“Bahagian Hal Ehwal Pelajar SEGI sentiasa memberikan sokongan menyeluruh kepada pelajar dalam bentuk perkhidmat­an kaunseling peribadi atau kumpulan melalui Pusat Kaunseling serta menawarkan bentuk sokongan dan perkhidmat­an kesihatan yang lain,” katanya.

Forum berkenaan turut menyediaka­n pandangan daripada perspektif undang-undang oleh Ketua Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n & Pengajian Kurikulum di Kolej Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (Maktab PDRM), Asisten Komisioner Dr R.S.S Batumalai dan Prof Dr Khin Thane Oo dari Fakulti Perubatan, Universiti SEGI yang mengupas mengenai kesan penyalahgu­naan bahan terlarang kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi.

 ??  ?? Majlis pelancaran Forum Anti Dadah yang berlangsun­g di Universiti SEGI, baru-baru ini.
Majlis pelancaran Forum Anti Dadah yang berlangsun­g di Universiti SEGI, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia