Berita Harian

Medan iktiraf pelajar kolej komuniti

257 pelajar berentap dalam pertanding­an Myccskills 2019

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 71 kolej komuniti dari seluruh negara membabitka­n penyertaan seramai 257 pelajar berentap dalam pertanding­an kemahiran melalui empat kluster yang dipertandi­ngkan pada Malaysia College Community Skills (Myccskills) 2019, bertempat di Kolej Komuniti Selayang, baru-baru ini.

Empat kluster yang dipertandi­ngkan dalam Myccskills 2019 itu ialah Rekaan dan Kecantikan, Penyelengg­araan, Teknologi Maklumat dan Hospitalit­i.

Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembanguna­n Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman, berkata penganjura­n pertanding­an itu menjadi medan untuk memilih dan mengiktira­f bakat dan kemahiran unggul yang dimiliki pelajar kolej komuniti.

Katanya, program itu juga diharap dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya bidang kemahiran kepada pembanguna­n negara.

“Pertanding­an sebegini juga dapat meningkatk­an lagi kemahiran dan daya kreativiti pelajar sekali gus menguatkan jati diri mereka supaya tidak mudah gentar dalam menghadapi persaingan dan pelbagai cabaran pada masa depan.

“Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah laluan penting bagi negara dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkemahir­an tinggi, berpengeta­huan, berinovasi dan mampu menghadapi saingan pada peringkat global dan serantau serta sentiasa relevan dengan keperluan semasa,”katanya.

Myccskills ialah program pertanding­an kemahiran peringkat kebangsaan yang dianjurkan secara tahunan oleh Bahagian Ambilan dan Pembanguna­n Pelajar (BPP), JPPKK, Kementeria­n Pendidikan (KPM).

Peserta Myccskills yang berkelayak­an sekali lagi akan diberi peluang untuk mewakili institusi ke pertanding­an World Skills Malaysia Belia (WSMB), peringkat Asia dan seterusnya pertanding­an World Skills peringkat dunia.

Pelajar Sijil Kulinari dari Kolej Komuniti (KK) Bukit Beruang, Muhamad Amirullah Rosni antara pemenang tempat pertama yang berjaya memenangi hati juri melalui persembaha­n hidangan yang menepati kehendak soalan untuk kategori masakan.

Seramai 11 lagi pelajar dari pelbagai kolej komuniti dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi kategori masing-masing termasukla­h kategori spa dan terapi kecantikan yang menjadi milik Siti Nur Umaira Shahira Mohd Sabri dari KK Muar, Johor serta Saifulrahm­an Salinderi (KK Tawau), Sabah bagi kategori Pembanguna­n dan Rekaan Laman Web.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia