Berita Harian

PIDC tawar program pergigian terbaik

-

Kuala Lumpur: Menyedari kepentinga­n menabur bakti kepada masyarakat terutama dalam aspek kesihatan gigi, Penang Internatio­nal Dental College (PIDC) menyerapka­n konsep itu secara meluas sejak ditubuhkan pada tahun 2006.

Sebagai sebuah daripada kolej pergigian swasta perintis di Malaysia, PIDC menawarkan yuran pengajian berpatutan dan status itu berkekalan sehingga kini.

PIDC menubuhkan Dental Teaching Hospital bertempat di Menara NB, Butterwort­h, Pulau Pinang pada tahun 2008.

Bermula dari situ, pelbagai perkhidmat­an pergigian disediakan kepada masyarakat dengan kos yang minimum dan sehingga kini, sebanyak 150,000 kes diperiksa, manakala seramai 39,000 pesakit dirawat di klinik PIDC.

Selain itu, PIDC turut mengendali­kan lebih 100 kem pergigian di seluruh Pulau Pinang dan beberapa kawasan di sekitar Semenanjun­g sebagai usaha berterusan dalam mendidik serta memberi kesedaran terhadap kesihatan kebersihan oral kepada masyarakat.

Menerusi kem itu, pesakit yang disaring akan diberikan khidmat nasihat mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan oral oleh pakar pergigian terbabit.

Bagi mereka yang memerlukan pemeriksaa­n lanjutan akan dirujuk kepada klinik pergigian berdekatan atau mendapatka­n pemeriksaa­n di klinik PIDC. Kem pergigian itu juga adalah satu daripada khidmat masyarakat yang dijalankan oleh PIDC.

Pada tahun 2017, PIDC menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayak­an untuk meneruskan pengajian dalam program Ijazah Pergigian.

PIDC turut berharap pelajar terpilih akan kembali menyumbang kepada masyarakat selepas menjadi doktor gigi yang bertauliah.

Biasiswa itu diteruskan sehingga tahun 2018 dan bagi kemasukan tahun ini, PIDC menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayak­an tinggi yang berasal daripada kalangan keluarga memerlukan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 1-300 88 2929 atau talian bebas tol 012203 8638 (Whatsapp /Telefon) selain emel kepada admission@pidc.edu.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia