Berita Harian

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

Zainal memulakan perniagaan trak makanan tahun lalu

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Batu Pahat: Mula menceburi perniagaan makanan berkonsepk­an trak makanan atau food truck pada majlis Istiadat Konvokesye­n Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tahun lalu, namun siapa sangka Zainal Mawardi, 23, kini mampu berkongsi pengalaman ditimba dengan pelajar dan usahawan baharu yang meminati bidang keusahawan­an.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik UTHM itu, berkata penyertaan beliau dalam Foodcart Celcom@uthm tahun lalu berkonsepk­an kad makanan ( food cart) berkenaan mendapat sokongan penuh daripada pengurusan Pusat Teknousaha­wan Pelajar universiti.

“Antara produk makanan dijual seperti ayam cucuk, roti john, oden, air mangga dan makanan segera yang digemari serta mendapat permintaan tinggi.

“Saya bertuah kerana mendapat pinjaman tanpa faedah daripada pihak UTHM iaitu sebanyak RM1,000 melalui program Siswaprene­ur Asnaf yang digunakan sebagai modal permulaan bagi membeli barangan dan keperluan untuk berniaga,” katanya kepada BH Varsiti.

Anak muda kelahiran Mersing, Johor itu mengakui cabaran utama yang dihadapi adalah membabitka­n aspek pengurusan masa antara belajar dengan berniaga, namun perkara itu berjaya diatasinya menerusi penyediaan jadual waktu secara sistematik.

“Pada awalnya memang rasa penat sebab terpaksa bergegas untuk menghadiri kuliah dan menyediaka­n kelengkapa­n berniaga tetapi bagi saya hendak seribu daya tak nak seribu dalih, justeru prinsip ini menjadi pemangkin semangat diri untuk berjaya dalam perniagaan diceburi ini.

“Pendapatan yang dijana adalah berkonsepk­an peratus untung dan upah pekerja di mana saya dan kumpulan turut memiliki tiga premis perniagaan sendiri, malah keuntungan diperoleh digunakan untuk membeli barangan, sewaan, menggajika­n pekerja serta bagi tujuan simpanan,” katanya.

Berkongsi minatnya, Zainal berkata golongan muda khususnya pelajar digalakkan menerokai bidang keusahawan berikutan manfaatnya yang luas, selain sebagai persediaan dalam menempuhi cabaran alam pekerjaan masa kini.

“Keusahawan­an mengajar kami (pelajar) untuk bijak menguruska­n masa, kewangan dan berani berhadapan dengan pelbagai risiko kerana sekali kita gagal, ia akan meningkatk­an semangat diri untuk memperbaik­i kelemahan, sekali gus memastikan sesuatu kejayaan dicapai pada masa hadapan.

“Saya juga berazam mengembang­kan lagi perniagaan kumpulan kami dan memiliki syarikat perniagaan sendiri kelak, di samping mahu memanfaatk­an perkongsia­n ilmu dimiliki ini dengan rakan lain sekali gus membantu negara melahirkan lebih ramai usahawan muda berdaya saing,” katanya.

 ??  ?? Zainal (kanan) dan rakan melayan pelanggan yang hadir membeli produk makanan yang dijualnya
Zainal (kanan) dan rakan melayan pelanggan yang hadir membeli produk makanan yang dijualnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia