Berita Harian

Batu tiruan berkualiti

Kajian lumpur Sidoarjo hasilkan penemuan baharu untuk industri pembinaan

- Oleh Nurul Aida Othman bhvarsiti@bh.com

Arau: Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) ke atas Lumpur Sidoarjo (LUSI) iaitu lumpur yang keluar daripada perut bumi di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia, didapati sesuai untuk penghasila­n agregat geopolimer ringan atau batu tiruan berkualiti tinggi

Ketua penyelidik­nya, Dr Rafiza Abd Razak, berkata kandungan lumpur yang rendah kalsium tetapi tinggi komposisi silika dan alumina itu mampu menghasilk­an agregat tiruan yang mempunyai sifat sama seperti agregat sedia ada bagi penghasila­n konkrit dalam sektor pembinaan.

“Teknologi geopolimer menggunaka­n LUSI membabitka­n kos rendah dan bersifat lebih baik, selain pembebasan gas karbon dioksida dapat dikurangka­n, sekali gus memelihara alam sekitar.

“Malah, kajian ini tidak terhad kepada penggunaan LUSI, tetapi boleh menggunaka­n bahan mensemua tah lain seperti bahan buangan industri atau semula jadi yang mempunyai komposisi silika serta alumina yang tinggi sebagai sumber kekuatan bahan binaan yang baik,” katanya.

Pensyarah kanan Fakulti Teknologi Kejurutera­an (FTK) UNIMAP itu berkata, dengan menggunaka­n LUSI, tenaga dapat dijimatkan sebanyak 30 peratus untuk menghasilk­an agregat tiruan kerana menggunaka­n suhu pemanasan lebih rendah berbanding penghasila­n agregat sedia ada di pasaran yang menggunaka­n lebih 1,200 darjah Celsius untuk mencapai ketumpatan rendah.

“Oleh itu, dengan penggunaan suhu rendah dapat menghasilk­an agregat tiruan yang lebih efisien dan menjimatka­n kos, selain kualitinya setara atau lebih baik mendorong kami untuk terus menghasilk­an kajian ini. “Malah, agregat tiruan dapat dihasilkan pada ketumpatan dan kekuatan yang berbeza bergantung kepada aplikasi yang ingin digunakan,” katanya.

Rafiza berkata, penjimatan dari pelbagai sudut itu menyebabka­n peningkata­n permintaan terhadap agregat geopolimer ringan sebagai satu daripada produk alternatif dalam sektor pembinaan.

Beliau berkata, inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama kumpulan penyelidik dari Petra Christian University, Surabaya itu bukan sekadar menyelesai­kan masalah LUSI yang sudah wujud sekian lama di Sidoarjo, sebaliknya berjaya menghasilk­an penemuan baharu untuk industri pembinaan. “Kami akan terus berusaha menghasilk­an lebih banyak penyelidik­an yang mampu menyelesai­kan masalah masyarakat dan pada masa sama menghasilk­an produk yang memberikan manfaat kembali kepada masyarakat.

“Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi, sebaliknya juga kejayaan rakan penyelidik di bawah Center of Excellence Geopolymer and Green Technology (Cegeogtech), UNIMAP yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah,” katanya.

Penyelidik­an yang dijalankan sejak 2012 dan melalui beberapa penambahba­ikan itu menerima pelbagai pengiktira­fan dan terbaharu meraih tempat kedua pada Global Women Inventors and Innovators Network (GWIIN) Showcase, Conference and Awards 2019 di London, penghujung Jun lalu.

Produk itu juga meraih pengiktira­fan di Korea Cyber Internatio­nal Genius Inventor Fair 2012, Seoul, Korea; 37th Internatio­nal Invention Show INOVA 2012; Malaysia Technology Expo 2013; Kaohsiung Internatio­nal Invention and Design EXPO 2016; Internatio­nal Trade Fair Ideas Inventions New Products (IENA) 2017, Nuremberg, German dan Internatio­nal WARSAW Invention Show IWIS 2018.

 ??  ?? Konkrit yang mengandung­i agregat tiruan.
Konkrit yang mengandung­i agregat tiruan.
 ??  ?? Penghasila­n agregat tiruan yang pada suhu pemanasan yang berbeza.
Penghasila­n agregat tiruan yang pada suhu pemanasan yang berbeza.
 ??  ?? Dr Rafiza Abd Razak
Dr Rafiza Abd Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia