Berita Harian

Mesin pemotong automatik tingkatkan proses hasil laut

-

Alor Gajah: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) terus menyerlah dalam penghasila­n produk inovasi apabila menghasilk­an mesin pemotong ikan automatik bagi menyuntik peningkata­n industri pemprosesa­n hasil laut negara.

Ketua penyelidik­nya, Intan Mastura Saadon, berkata mesin itu berpotensi besar dalam meningkatk­an kadar produktivi­ti pemprosesa­n ikan setiap hari dengan kajian awal mendapati masa pemotongan dapat dikurangka­n kepada lima saat bagi setiap ikan.

Beliau berkata, sebelum ini, pemotongan ikan secara manual memerlukan masa satu minit untuk dipotong menjadi poto- ngan filet kupu-kupu.

“Oleh itu, alat ini mampu meningkatk­an hasil produktivi­ti apabila proses pemotongan ikan dipercepat­kan sebanyak dua belas kali ganda daripada biasa.

“Dengan mesin pemotong ikan ini juga, ia berkemampu­an untuk membelah ikan melalui dua cara potongan yang berbeza iaitu potongan filet biasa dan potongan filet kupu-kupu,” katanya. Projek itu dihasilkan oleh tujuh penyelidik lain iaitu Norain Idris, Emy Zairah Ahmad, Halyani Mohd Yassim, Noor Saffreena Hamdan, Amalia Aida Abdul Halim, Nurul Kausar Abd Majid dan Umi Hayati Ahmad.

penyelidik itu ialah pensyarah Fakulti Teknologi Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Teknologi Kejurutera­an Mekanikal Pembuatan (FTKMP) UTEM.

Intan Mastura berkata, penguranga­n masa memproses itu sekali gus menjimatka­n jumlah tenaga kerja, selain menjadikan pemotongan ikan lebih kemas.

Beliau berkata, mesin itu menggunaka­n pisau pembelah dengan kuasa motor yang berupaya membelah ikan pada kelajuan tinggi.

“Pemotongan secara manual membabitka­n sentuhan manusia yang lebih lama dan ini boleh menyebabka­n berlakunya pencemaran terhadap ikan yang dipotong.

“Hal ini dapat dielakkan dengan memotong menggunaka­n mesin automatik ini kerana masa sentuhan dengan manusia adalah sangat minimum,” katanya.

Projek pembanguna­n mesin pemotong ikan automatik dilaksanak­an bermula sejak Januari 2019 dengan menggunaka­n dana penyelidik­an Public-private Research Network (PPRN) yang dianugerah­kan oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).

 ??  ?? Intan Mastura Saadon (dua dari kiri) dengan mesin pemotong ikan automatik yang dihasilkan bersama barisan penyelidik UTEM.
Intan Mastura Saadon (dua dari kiri) dengan mesin pemotong ikan automatik yang dihasilkan bersama barisan penyelidik UTEM.
 ??  ?? Antara hasil potongan ikan dengan menggunaka­n mesin pemotong ikan automatik hasil ciptaan inovasi penyelidik UTEM.
Antara hasil potongan ikan dengan menggunaka­n mesin pemotong ikan automatik hasil ciptaan inovasi penyelidik UTEM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia