Berita Harian

Atlet sukan kuda lasak

Berazam mahu harumkan nama Malaysia hingga ke peringkat tertinggi

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Kuala Lumpur: Melihat kepada penampilan gadis kecil molek ini, mungkin ramai tidak menyangka Nur Qasrina Amani Zakaria, 18, memiliki minat tinggi dalam sukan kuda lasak dan pernah menjadi sebahagian daripada skuad yang bersaing pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Berkongsi detik manisnya, pelajar Foundation in Business, Management and Science University (MSU) itu berkata, beliau pernah berada dalam pasukan yang sama dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut memenangi pingat emas ketika itu.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, minatnya dalam sukan lasak itu tercetus ketika di Tahun Enam apabila melihat ketangkasa­n dan kehebatan atlet sukan polo berkuda di Royal Selangor Polo Club (RSPC), Ampang, pada ketika itu.

“Pada 2016, ibu bapa membenarka­n saya menyertai pertanding­an pertama iaitu pertanding­an bersempena Pusingan 1 Kelayakan Sukan SEA dalam kategori 40 kilometer yang diadakan di Paya Indah Wetlands, Putrajaya menggunaka­n kuda berbaka Arab, Commander, yang disewa daripada rakan baik ayah.

“Pada pertanding­an itu, saya berjaya melayakkan diri. Sejak itu, saya dan adik lelaki (Muhammad Yusuf Luqman) terus bersaing dalam pelbagai kejohanan sehingga tersenarai dalam pasukan Endurance Malaysia untuk Sukan SEA 2017,” katanya kepada BH Varsiti.

Nur Qasrina mengakui sukan kuda lasak amat menguji ketahanan diri dan disiplin yang tinggi, apatah lagi membabitka­n jarak antara kira 120 hingga 160 kilometer, selain faktor landskap muka bumi yang berbeza.

“Di samping persediaan mental dan fizikal, kuda mestilah berada dalam keadaan baik termasuk menjalani pemeriksaa­n doktor veterinar, bahkan latihan, teknik serta kemahiran yang seimbang berupaya membantu atlet untuk fokus, sekali gus mampu meraih kejayaan,” katanya.

Beliau berkata, antara pertanding­an paling sukar yang pernah dihadapiny­a ialah ketika menyertai Junior World Endurance Championsh­ip di Pisa, Itali, bulan lalu yang perlu melepasi banyak pusingan kelayakan antaranya di Argentan, Perancis yang memiliki muka buminya berbukit dan berbatu, berbeza dengan permukaan berpasir yang biasa ditempuhi di Terengganu.

“Akibatnya, kuda saya, Vlavlaclic De Lap disahkan cedera dan tempang ketika pemeriksaa­n wajib kali kedua oleh doktor veterinar. Bagaimanap­un, ini tidak mematahkan semangat saya, malah akan dijadikan proses pembelajar­an untuk memperbaik­i kelemahan pada masa hadapan,” katanya.

Nur Qasrina berazam untuk terus bergiat aktif dalam sukan lasak itu dan mahu mengharumk­an nama Malaysia hingga ke peringkat tertinggi, di samping menimba pengalaman bertanding di serata dunia dengan kuda yang berbeza.

 ??  ?? penunggang kuda Kelab Benua Equestrian Stable (BEST) (dari kiri), Muhammad Yusuf Luqman Zakaria, Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa' ari dan Muhammad Aimin Azfar Nazuiki. Sesi latihan yang mencukupi amat dititikber­atkan Nur Qasrina terutama bagi menyertai kejohanan dan pertanding­an penting.
penunggang kuda Kelab Benua Equestrian Stable (BEST) (dari kiri), Muhammad Yusuf Luqman Zakaria, Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa' ari dan Muhammad Aimin Azfar Nazuiki. Sesi latihan yang mencukupi amat dititikber­atkan Nur Qasrina terutama bagi menyertai kejohanan dan pertanding­an penting.
 ??  ?? Nur Qasrina (kanan) bersama-sama
Nur Qasrina (kanan) bersama-sama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia