Berita Harian

Bank Muamalat sasar tingkat peniaga guna QR

Rancang perluas kemudahan dalam pelbagai bidang, permudah urusan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Bank Muamalat Malaysia Bhd menyasarka­n 15,000 peniaga atau pengusaha runcit akan menggunaka­n perkhidmat­an pembayaran melalui kod respons pantas atau QR tahun depan.

Ketika ini, terdapat 2,700 peniaga yang menggunaka­n pembayaran QR berkenaan dan dijangka meningkat kepada 3,700 menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Jabatan e-perbankan dan Perniagaan Strategikn­ya, Datuk Mearia Hamzah, berkata selain peniaga, institusi keagamaan termasuk masjid dan surau turut menggunaka­n kemudahan berkenaan menerusi inisiatif e-derma yang diperkenal­kan pertengaha­n tahun lalu.

Terbaharu, beliau berkata pihaknya memperkena­lkan kemudahan e-wakaf menerusi pembayaran QR itu yang buat masa ini membabitka­n empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.

“Sebelum ini, pelanggan yang ingin berwakaf boleh berbuat demikian menggunaka­n perbankan internet, mesin ATM atau ke kaunter bank. Kini, ia diperluask­an lagi dengan pengenalan pembayaran e-wakaf.

“Pada masa hadapan, kami merancang untuk mengembang­kan penggunaan pembayaran QR ini kepada perkhidmat­an zakat dikenali sebagai e-zakat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran e-wakaf melalui QR di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bersama Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan Muamalat, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Terdahulu, Mohd Redza dalam ucapannya berkata, sehingga Ogos tahun ini, kutipan keseluruha­n dana Wakaf Muamalat telah mencecah RM27 juta dan sebanyak RM19 juta telah diagihkan ke 82 projek di seluruh negara.

Katanya, antara penggunaan dana wakaf itu termasuk bagi pembanguna­n infrastruk­tur dan pembiayaan peralatan kesihatan dan pendidikan, kos rawatan kesihatan dan yuran atau biasiswa pendidikan.

“Seiring dengan perkembang­an semasa penerimaan masyarakat terhadap penggunaan teknologi dan pembayaran melalui QR, Bank Muamalat memperkena­lkan inisiatif e-derma melalui QR pertengaha­n tahun lalu.

“Bank Muamalat adalah institusi perbankan pertama yang memperkena­lkan e-derma melalui aplikasi QR telefon bimbit i-muamalat. Kaedah ini memudahkan orang ramai untuk berinfaq di masjid dan surau di seluruh negara yang mampunyai akaun dengan kami.

“Sehingga kini, lebih 11,000 transaksi QR melalui e-derma dan pembayaran QR direkodkan dengan nilai mencecah hampir RM200,000. Ini menunjukka­n masyarakat memyambut baik penggunaan QR bagi menggantik­an wang tunai untuk melakukan transaksi,” katanya.

 ?? (Foto Mahzir Mat ISA/BH) ?? Mohamad Rizam (kiri) dan Mohd Redza pada majlis pelancaran e-wakaf melalui QR di Menara Bumiputra, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mahzir Mat ISA/BH) Mohamad Rizam (kiri) dan Mohd Redza pada majlis pelancaran e-wakaf melalui QR di Menara Bumiputra, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia