Berita Harian

Platform MDDEAS lonjak perdaganga­n Malaysia

-

World Logistics Council Ltd (WLC) menjangkak­an perdaganga­n Malaysia meningkat sebanyak AS$95 bilion menjelang 2030 melalui penyertaan negara ini dalam platform ekonomi digital dikenali sebagai Sistem Aplikasi Ekonomi Digital Dimensi Pelbagai (MDDEAS).

Pengerusi WLC, Kapten Samuel Salloum, berkata platform itu adalah platform perniagaan-ke-perniagaan (B2B) generasi baharu, yang menyediaka­n ribuan aplikasi perniagaan percuma yang mendigital­kan rantaian nilai global.

“MDDEAS menawarkan beribu aplikasi yang menerima permintaan membolehka­n perniagaan menyelaras­kan logistik, insurans, kewangan dan sistem perdaganga­n mereka dengan perniagaan lain di seluruh dunia untuk mewujudkan tahap kecekapan abad ke-21 yang baharu,” katanya selepas memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) di Kuala Lumpur, semalam.

WLC adalah organisasi separa kerajaan perkongsia­n hasil yang diperbadan­kan di Ireland.

MTDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Norhalim Yunus.

Melalui MOU itu, MTDC dan WLC akan mempromosi penggunaan MDDEAS, dengan kerjasama firma-firma teknologi terbesar dunia, secara digital akan menghubung­kan perniagaan di Malaysia dengan rakan dagang global mereka dan menghasilk­an peningkata­n kecekapan dan keselamata­n perdaganga­n yang lebih baik, dengan Malaysia sebagai penanda aras pada peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, platform itu juga akan mengurangk­an kos perdaganga­n tahunan lebih AS$99 bilion dan mewujudkan lapan juta pekerjaan dalam industri pembuatan, pertanian dan perkhidmat­an industri menjelang 2030.

Platform itu adalah platform perniagaan-keperniaga­an (B2B) generasi baharu, yang menyediaka­n ribuan aplikasi perniagaan percuma yang mendigital­kan rantaian nilai global. Samuel Salloum, Pengerusi WLC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia