Berita Harian

Bank sahut cabaran BNM tangani perubahan iklim

-

Bank-bank Malaysia menyahut cabaran Bank Negara Malaysia untuk menangani perubahan iklim dengan melaksanak­an dasar pinjaman bertanggun­gjawab serta mendidik pelanggan runcit dan perniagaan perbankan mereka mengenai kelestaria­n.

Sebuah daripada bank pelaburan terbesar di Asia, CIMB Group Holdings Bhd, berkata ia sudah melancarka­n pelbagai pinjaman berkaitan kelestaria­n dalam tempoh 12 bulan lalu, serta menerbitka­n bon bernilai RM2.85 bilion untuk membiayai projek berkaitan Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selepas menubuhkan Jabatan Kelestaria­nnya pada Oktober tahun lalu.

CIMB turut telah menyertai gabungan 130 bank di peringkat global dengan gabungan aset lebih AS$47 trilion untuk memberi komitmen bagi menyelaras­kan perniagaan mereka dengan SDG dan Perjanjian Paris bagi Perubahan Iklim.

“Kami juga melaksanak­an dua dasar kumpulan secara meluas satu mengenai dasar kelestaria­n menyeluruh dan satu lagi bagi memantau risiko alam sekitar dan sosial dalam perniagaan pinjaman kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz kepada Bernama.

Bagi perbankan runcitnya, beliau berkata CIMB menyediaka­n penguranga­n kadar faedah kepada pelanggan yang membeli kereta dan rumah lebih cekap tenaga untuk menggalakk­an mereka membuat keputusan yang lebih mengutamak­an kelestaria­n.

Bagi perniagaan perbankan, bank itu aktif mempromosi­kan pinjaman berkaitan kelestaria­n kepada pelanggan, dengan pihak bank akan memberikan diskaun berperingk­at kepada pelanggan jika mereka memenuhi prapersetu­juan sasaran kelestaria­n pada asas tahunan.

Sementara itu, Malayan Banking Bhd (Maybank) mewujudkan Garis Panduan Pinjaman Bertanggun­gjawab pada 2015 untuk menguruska­n risiko alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), yang kemudianny­a diperluas menjadi Kerangka Pengurusan Risiko ESG yang lebih komprehens­if dan seterusnya diperakuka­n sebagai dasar syarikat pada 2018.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias, berkata dasar itu disepaduka­n ke dalam keputusan bank hari ke hari berhubung amalan pembiayaan. “Susulan itu, kami membangunk­an Kriteria Penerimaan Risiko (RAC) bagi risiko ESG yang dikenal pasti seperti Kelapa Sawit, Perhutanan & Pembalakan, Minyak & Gas dan Perlombong­an & Pengkuaria­n. Lebih banyak RAC akan dilaksanak­an secara berperingk­at, memperkuku­hkan lagi komitmen kami terhadap pinjaman bertanggun­gjawab.

“Kami bukan saja memantau amalan pelanggan, tetapi turut memaklumka­n kepada mereka bahawa kami hanya memberi sokongan kepada mereka yang dalam proses melaksanak­an atau telah mengguna pakai amalan lestari,” katanya.

 ??  ?? Zafrul Aziz
Zafrul Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia