Berita Harian

Shopee lancar Festival Jenama 10.10

-

Platform e-dagang, Shopee mengambil langkah menetapkan tempoh Festival Jenama 10.10 serentak dengan kempen Beli Barangan Malaysia dalam usaha melonjakka­n perdaganga­n dalam negeri.

Kempen Beli Barangan Malaysia yang dilancarka­n baru-baru ini adalah usaha diterajui Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menggalakk­an pembelian produk buatan Malaysia di samping membantu usahawan tempatan mengembang­kan perniagaan mereka.

Dalam kenyataan semalam, Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho, berkata pihaknya memutuskan supaya Festival Jenama 10.10 Shopee diadakan serentak dengan kempen Beli Barangan Malaysia.

Beliau berkata, ini memandangk­an ia juga tempoh bagi jualan akhir tahunnya bermula dengan pelbagai potongan, tawaran dan promosi yang benar-benar menarik sekali gus akan membantu rakyat Malaysia berjimat.

“Seiring dengan acara beli-belah mega yang akan datang ini seperti kempen 11.11 dan 12.12 pada peringkat global, penjual barangan buatan Malaysia akan meraih manfaat daripada peningkata­n trafik dan aktiviti membeli-belah sepanjang tempoh terbabit,” katanya.

Shopee juga berkata mulai semalam hingga hari ini, acara beli-belah itu akan menyediaka­n kaedah komprehens­if untuk perniagaan meningkatk­an keterlibat­an dengan pengguna selain hubungan erat dengan pelanggan menerusi ciri-ciri gamifikasi, seperti ‘Mission: Shopee’, ‘Voucher Together-gether’, ‘Shopee Catch’ dan ‘Shopee Quiz’ serta iklan jenama dalam aplikasi.

Shopee turut menawarkan penghantar­an percuma untuk rakyat Malaysia dengan pembelian minimum RM10.

Sejak awal tahun ini, Shopee meningkatk­an usahanya selaras dengan inisiatif kerajaan bagi menjayakan pelbagai agenda nasional untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.

“Antara usaha utama ialah Hari Beli-belah Super 9.9 yang baru sahaja berakhir untuk membantu mengurangk­an kesan kenaikan kos sara hidup di Malaysia, dengan kempen itu menawarkan pelbagai pendekatan untuk rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mengisi semula keperluan tanpa menjejaska­n kewangan mereka,” katanya.

Platform beli-belah dalam talian itu berkata, ia juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-dagang Sarawak untuk membawa beberapa usaha kepada penjual di negeri itu, termasuk bengkel percuma yang bertujuan membimbing mereka mengenai perniagaan e-dagang dan pengetahua­n pemasaran. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia