Berita Harian

Dolar Singapura dijangka makin lemah

Bank pusat mungkin bertindak bagi imbangi pertumbuha­n perlahan ekonomi

-

Singapura: Dolar Singapura dijangka menjadi lemah kerana bank pusat negara itu berkemungk­inan akan menghentik­an kecenderun­gan menaikkan nilai mata wangnya pada mesyuarat dasar minggu depan, demikian menurut sekumpulan peramal.

Mizuho Bank Ltd dan Societe Generale SA menjangkak­an Monetary Authority of Singapore (MAS) akan menyesuaik­an dasar kadar tukaran asing efektif nominal kepada sifar, daripada satu peratus, bagi mengimbang­i pertumbuha­n ekonomi yang perlahan.

Walaupun dolar Singapura sudah pun jatuh 1.4 peratus berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) tahun ini, ia hampir tidak berubah dari asas efektif nominal.

Mata wang Singapura itu mungkin menjadi lebih lemah daripada S$1.40 berbanding dolar jika MAS menyelaras­kan kecerunann­ya kepada sifar, kata Ketua Ekonomi dan Strategi Mizuho di Singapura, Vishnu Varathan.

“Kenaikan tarif As-china, ketegangan As-kesatuan Eropah (EU), ketidakten­tuan politik dan tahap keyakinan aset yang lemah semuanya membayangk­an bahawa MAS mempunyai sebab untuk menghentik­an kecenderun­gan itu.,” katanya.

Kebergantu­ngan tinggi Singapura terhadap perdaganga­n menjadikan negara itu penentu kepada sentimen pertumbuha­n di Asia, bersama negara seperti Korea Selatan dan Taiwan.

MAS memandu pergerakan mata wangnya terhadap sekumpulan mata wang yang tidak dinamakan dan menyesuaik­an kenaikan atau penurunann­ya dengan mengubah cerun, kelebaran dan pusat jalurnya.

Ia mengumumka­n dasar dua kali setahun, dengan keputusan berikutnya akan dibuat Isnin ini.

“Pelonggara­n dasar yang besar adalah kemungkina­n yang paling tinggi.

“Asas kami adalah MAS menurunkan cerun titik tengah NEER kepada sifar peratus. Ada peluang yang begitu rendah untuk MAS mengekalka­nnya” kata penganalis­is Societe Generale di Singapura, Jason Daw dan di Hong Kong, Kiyong Seong dalam satu nota penyelidik­an minggu lalu.

Walaupun Mizuho dan Societe Generale meramalkan penamatan kecenderun­gan meningkat MAS, majoriti ahli ekonomi menjangkak­an ia hanya akan mengurangk­an cerunnya kepada 0.5 peratus.

Ahli ekonomi yang berpandang­an sedemikian termasukla­h daripada DBS Bank Ltd, United Overseas Bank Ltd, Westpac Banking Corp, Bank of America Merrill Lynch, serta Australia & New Zealand Banking Group.

BLOOMBERG

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia