Berita Harian

Sony Playstatio­n 5 dilancarka­n akhir 2020

-

San Francisco: Konsol generasi akan datang Sony Playstatio­n 5, dengan ciri-ciri baharu lebih terperinci bagi membolehka­n pengguna merasai sendiri dunia maya akan dilancarka­n pada musim cuti 2020.

Firma elektronik Jepun itu, yang sudah mula menunjukka­n konsol baharu itu awal tahun ini berkata, ciri-ciri baharu utama adalah alat kawalannya yang terperinci.

“Salah satu sasaran kami adalah generasi berikutnya ini akan memperinci­kan keadaan semasa anda bermain dan kami mempunyai peluang itu dengan alat kawalan baharu untuk memberikan imaginasi bagaimana deria sentuh boleh menambah kepada perincian berkenaan,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Sony Interactiv­e Entertainm­ent, Jim Ryan.

Alat kawalan baharu itu akan menawarkan ‘maklum balas’ yang membolehka­n pengguna lebih hampir dengan aksi permainan.

“Dengan teknologi ‘haptic’, anda merasai tindakan yang lebih ketara, justeru jika kereta berlanggar semasa berlumba adalah berbeza dengan pergerakan melakukan bentesan di padang bola sepak. Malah, anda boleh merasai pelbagai tekstur semasa berlari merentasi pada rumput atau melalui lumpur.

“Satu lagi ciri-ciri adalah ‘pemacu adaptif’ yang terdapat pada alat kawalan supaya pengguna boleh merasai sensasi semasa menarik anak panah atau memecut kenderaan lasak melalui kawasan berbatu,” katanya.

Sony, yang menerajui segmen konsol, mengumumka­n langkah itu ketika semakin ramai pengguna yang beralih daripada konsol kepada permainan penstriman menggunaka­n Internet pada pelbagai peralatan.

Google, Apple dan beberapa syarikat lain melancarka­n langganan permainan yang yang bersaing dengan perkhidmat­an permainan video awan Playstatio­n Now.

Menurut NPD Group, sebuah firma penyelidik­an, 73 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) berusia dua tahun ke atas bermain permainan video, kenaikan enam mata peratusan sejak Jun 2018 AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia