Berita Harian

Pasaran ditutup rendah

FBM KLCI susut 7.56 mata kepada 1,551.23

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam hampir berada pada paras terendah baharu dalam tempoh empat tahun pada tengah semalam, berikutan pertikaian perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat dan memberi kesan kepada pasaran di seluruh dunia, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.56 mata kepada 1,551.23 daripada 1,558.79 ketika ditutup, kelmarin.

Indeks, yang dibuka rendah 4.06 mata kepada 1,554.73, bergerak antara 1,548.62 dan 1,555.42 sepanjang hari.

FBM KLCI mencecah paras terendah dalam tempoh empat tahun pada 1,551.96 pada tengah hari semalam, paras rendah yang dicatatkan sebelum ini pada 24 Ogos, 2015, pada 1,532.00 dan merosot lagi pada petang kepada 1,548.62.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 509 berbanding 293, dengan 701 kaunter tidak berubah, 508 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 1.95 bilion saham bernilai RM1.68 bilion daripada 2.44 bilion saham bernilai RM1.72 bilion kelmarin.

Penganalis­is Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata paras terendah baharu dalam tempoh empat tahun itu disebabkan pertikaian perdaganga­n As-china yang tidak menunjukka­n akan tamat dalam tempoh terdekat.

“Tiada pemangkin baru pada peringkat tempatan dan dengan penyusutan ringgit berbanding dolar AS, menjadikan bursa tempatan tidak menarik,” katanya.

“Sementara itu, Indeks Permodalan Kecil FBM dilihat meneruskan peningkata­n jangka pendek berikutan aktiviti belian secara bergilir-gilir yang meningkat, tetapi dengan ketidakten­tuan pasaran yang meningkat, kami berpendapa­t peningkata­n yang akan datang dijangka dipengaruh­i oleh aktiviti pengambila­n untung.

“Oleh itu, kami melihat turun naik yang meningkat dalam kalangan saham berharga rendah dalam tempoh terdekat juga boleh merebak ke pasaran lebih luas,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot tujuh sen kepada RM8.38 manakala Tenaga dan Nestle, masing-masing berkuranga­n 10 sen kepada RM13.60 dan RM144.10.

Public Bank susut 18 sen kepada RM19.12 manakala Pchem naik tiga sen kepada RM7.20.

Bagi saham aktif, Bumi Armada dan KNM Group, masingmasi­ng meningkat 1.5 sen kepada 36.5 sen dan 38.5 sen.

Sementara itu, Ekovest dan Sapura Energy, masing-masing tidak berubah pada 79.5 sen dan 26 sen.

Indeks FBM Emas merosot 63.3 mata kepada 11,010.95, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 64.42 mata kepada 10,832.23 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 52.34 mata kepada 11,619.2.

FBM 70 merosot 129.85 mata kepada 13,764.69 dan FBM ACE susut 25.95 mata kepada 4,588.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 98.98 mata kepada 14,933.65, Indeks Perladanga­n susut 30.42 mata kepada 6,539.16 serta Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an berkuranga­n 0.14 mata kepada 149.97. BERNAMA

Tiada pemangkin baru pada peringkat tempatan dan dengan penyusutan ringgit berbanding dolar AS menjadikan bursa tempatan tidak menarik. Kenneth Leong, Penganalis­is Malacca Securities Sdn Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia