Berita Harian

Polis rampas kenderaan mewah pelbagai jenis RM2J

Sindiket curi lumpuh selepas lapan suspek ditahan di lokasi berasingan

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Polis melumpuhka­n sindiket curi kenderaan mewah selepas penahanan enam lelaki tempatan dan dua wanita warga asing pertengaha­n September lalu.

Sindiket ini dipercayai aktif melakukan jenayah itu dalam tempoh tiga bulan lalu.

Semua anggota sindiket itu yang berusia antara 36 tahun hingga 52 tahun ditahan di lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang menerusi Ops Lejang Mewah TODA.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, susulan daripada tangkapan itu, polis merampas tiga Toyota Vellfire dan masing-masing sebuah Toyota Alphard, Toyota Camry, Toyota Hilux, Toyota Harrier serta Honda CRV dengan nilai rampasan dianggarka­n RM2 juta.

“Selain itu, polis merampas 29 alat kawalan jauh, 25 keping cukai jalan palsu, satu unit ‘jammer signal’, satu unit alat pengatur cara kunci pintar (smartkey programmer), Lonsdor K518S, tiga set kunci induk, satu unit komputer riba berserta pencetak, dan ‘thumbdrive’ untuk membuat cukai jalan palsu, sebatang kunci stereng dan pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan.

“Polis percaya barangan dibeli dalam atas talian kedai perkakasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.

Noor Azam berkata, kumpulan sindiket itu mengambil masa kira-kira lima minit untuk mencuri kenderaan mewah terbabit.

Modus operandi sindiket itu menggunaka­n kunci induk (master key) atau umpil lubang kunci dengan mesin gerudi untuk membuka pintu kenderaan, dan alat ‘smartkey programmer’ untuk membuat salinan program ke kotak komputer kenderaan yang hendak dicuri ke dalam alat itu.

“Kemudian akan disalin semula ke dalam alat kawalan jauh yang kosong untuk membolehka­n kenderaan itu dihidupkan.

“Kenderaan curi itu dipercayai untuk pasaran luar negara kerana kenderaan mewah ini mendapat permintaan tinggi di sana,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini semua tertuduh masih direman untuk siasatan, manakala dua wanita warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen.

“Pihak polis akan menjalanka­n pertuduhan dalam masa yang terdekat serta tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Noor Azam berkata, dengan penahanan itu juga, menjadikan jumlah tangkapan sebanyak 15 orang sejak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor menjalanka­n operasi bagi mengenalpa­sti sindiket yang terbabit dalam curi kenderaan mewah.

“Sejak Januari lalu sebanyak 80 kes kecurian kenderaan mewah dilaporkan.

“Sepanjang tahun ini hingga kini seramai 15 orang ditangkap membabitka­n tiga sindiket dan 12 kenderaan mewah dirampas, termasuk Ops Lejang Mewah TODA ini,” katanya.

 ?? (Foto Roslin Mat Tahir/bh) ?? Noor Azam (kiri) menunjukka­n kenderaan mewah yang dirampas daripada sindiket curi kenderaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.
(Foto Roslin Mat Tahir/bh) Noor Azam (kiri) menunjukka­n kenderaan mewah yang dirampas daripada sindiket curi kenderaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia