Berita Harian

Kanak-kanak hilang jatuh longkang

Pasukan SAR fokus pencarian sekitar perangkap sampah kesan mangsa

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Faris Fuad bhnews@bharian.com.my

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang lalu dihanyutka­n arus deras di Taman Bukit Permai, Ampang dekat sini, petang kelmarin.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 petang, menggerakk­an sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd, berkata mangsa dikatakan bermain bersama beberapa rakan sebelum terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

“Usaha mencari dan menyelamat dijalankan sejak semalam (kelmarin) dan disambung sehingga pagi ini (semalam).

“Buat masa ini mangsa belum ditemui dan gerakan mencari sedang dijalankan dengan bantuan beberapa agensi lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, pasukan operasi SAR memberi fokus pencarian sekitar kawasan perangkap sampah bagi mengesan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya dengan kerjasama JBPM dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) turut menggunaka­n khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mencari Mohamad Danish Supry Antony.

“Pihak berkaitan turut menggunaka­n peralatan dron membabitka­n misi SAR itu.

“Pada masa sama, kita turut membuka pos kawalan bagi operasi SAR berdekatan sebuah stesen minyak di Cheras Indah.

“Ia membolehka­n pihak berkaitan memantau rapi operasi yang dijalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.

Buat masa ini mangsa belum ditemui dan gerakan mencari sedang dijalankan dengan bantuan beberapa agensi lain.

 ?? (Foto Intan Nur Elliana Zakaria /BH) ?? Ahli keluarga menunggu operasi mencari Mohd Danish (gambar kecil) di Taman Bukit Teratai, Ampang.
(Foto Intan Nur Elliana Zakaria /BH) Ahli keluarga menunggu operasi mencari Mohd Danish (gambar kecil) di Taman Bukit Teratai, Ampang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia