Berita Harian

Kolam buatan lokasi kanak-kanak lemas berpagar

-

Sungai Petani: Kawasan kolam buatan yang menjadi lokasi seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun lemas di Taman Sri Bayu, Amanjaya, semalam, adalah berpagar dan mempunyai parit di kawasan sekeliling­nya.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kolam berkeluasa­n lebih 81 meter persegi dengan kedalaman tiga meter itu berada di kawasan yang diusahakan untuk tanaman pokok petai.

Pintu pagar ke kawasan berkenaan didapati sudah berkunci mungkin bagi mengelak orang ramai masuk ke kawasan terbabit.

Sumber Majlis Perbandara­n Sungai Petani Kedah (MPSPK) berkata, kawasan berkenaan adalah tanah milik persendiri­an.

“Kita percaya kolam ini digunakan sebagai tadahan air untuk menyiram pokok yang terdapat di sini.

“Bagaimanap­un, kami masih menjalanka­n siasatan bagi mengenalpa­sti pemilik tanah kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n tinjauan yang dilakukan oleh pihaknya, kolam terbabit dipercayai dikorek sejak beberapa bulan lalu, berdasarka­n keadaan tanah yang sudah kering dan terdapat rumput di sekeliling kolam.

Semalam, Muhammad Danial Affandi Mohd Kushaimi, 9, dilaporkan meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke kolam berkenaan.

Kanak-kanak itu dikatakan pergi ke kolam terbabit bersama abangnya, Muhammad Danial Asyraf, 13, serta dua rakan mereka dan merancang untuk mandi.

Bagaimanap­un, mangsa dipercayai tersepak batu lalu terjatuh ke dalam kolam itu.

Mangsa ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

 ?? (Foto Nor Farhani Che Ad /BH) ?? Lokasi Muhammad Danial (gambar kecil) lemas kawasan berkenaan. di Taman Sri Bayu, Amanjaya, mempunyai pagar di sekeliling
(Foto Nor Farhani Che Ad /BH) Lokasi Muhammad Danial (gambar kecil) lemas kawasan berkenaan. di Taman Sri Bayu, Amanjaya, mempunyai pagar di sekeliling
 ??  ?? Penolong Penguasa Bomba Zon Hulu Langat, Muhammad Rizal Ismail dan Zafiruddin Mohd Nasir (kiri) menunjukka­n lokasi pencarian mangsa di Taman Bukit Teratai, Ampang.
Penolong Penguasa Bomba Zon Hulu Langat, Muhammad Rizal Ismail dan Zafiruddin Mohd Nasir (kiri) menunjukka­n lokasi pencarian mangsa di Taman Bukit Teratai, Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia