Berita Harian

Kenderaan terbakar ketika sentuh alat pengesan kad Touch ‘N Go

-

Shah Alam: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta Mercedes Benz miliknya tiba-tiba mengeluark­an asap lalu terbakar ketika hendak menyentuh alat pengesan kad Touch ‘N Go di Kompleks PKNS, di sini, petang semalam.

Ketika kejadian pada jam 2 petang itu, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Amin, 43, berkata, beliau mahu ke pejabatnya di dalam kompleks berkenaan dan sedang menyentuh kad Touch ‘N Go kepada alat pengesanny­a sebelum asap keluar dari bahagian hadapan keretanya.

“Saya sempat ambil semua dokumen dan barang kemudian segera keluar dari kereta itu.

“Kemudian orang awam yang nampak kebakaran itu membantu mengawal keadaan dengan alat pemadam api sementara bomba tiba dan memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya kepada BH.

Beliau bagaimanap­un reda dengan apa yang berlaku terhadap keretanya dan bersyukur kerana terselamat.

“Saya anggap rezeki dengan kereta ini setakat ini sahaja. Kereta ini ada nilai sentimenta­l, lebih 10 tahun kereta ini dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 petang sebelum bergegas ke lokasi berkenaan.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alamtiba di lokasi pada jam 2.10 petang dan melakukan kerja pemadaman.

“Kebakaran membabitka­n sebuah kereta Mercedes Benz yang terbakar di bahagian enjin dan berjaya dipadamkan bomba.

“Anggaran kemusnahan adalah 50 peratus namun tidak membabitka­n mangsa,” katanya.

Saya mahu ke pejabat di dalam Kompleks PKNS dan sedang menyentuh kad Touch ‘N Go kepada alat pengesan sebelum asap keluar dari bahagian hadapan kereta saya. Amin, Pemilik kenderaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia