Berita Harian

PMK, tujuh agensi tandatanga­ni Sijil Kolaborasi Strategik

-

Melaka: Politeknik Melaka (PMK) menandatan­gani Sijil Kolaborasi Strategik bersama tujuh agensi dan pihak industri di negeri ini bagi perkongsia­n dua hala pengetahua­n, kemahiran serta teknologi.

Pengarah PMK, Charim Ibrahim, berkata usaha mendepani revolusi industri 4.0 mendorong kampus terbabit mengambil langkah kreatif menjalin kerjasama politeknik-industri dalam bentuk pembanguna­n akademik dan penyelidik­an inovasi.

Jelas beliau, ia merangkumi perkongsia­n kepakaran dan pelbagai usaha sama untuk kebaikan serta kemajuan kedua-dua pihak.

“Faedah utama melalui kolaborasi ini ialah perkongsia­n ilmu dan pengetahua­n berkaitan keperluan, melalui pembabitan pakar daripada pihak industri untuk memastikan silibus selain kurikulum ditawarkan di PMK kekal relevan serta selari dengan perubahan teknologi semasa.

“Program ini turut membuka peluang penuntut untuk membuat latihan industri dan projek tahun akhir di industri berkenaan.

“Pada masa sama, ia membuka peluang untuk syarikat memilih graduan yang berpotensi untuk terus diserap berkhidmat dengan agensi masing-masing,” katanya.

Tambah Charim, tujuh industri dan agensi terbabit ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, CTRM, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jobs Malaysia, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Melaka serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka (JKKN).

Menurutnya, program berkenaan membolehka­n institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu menjalin kerjasama dengan 49 syarikat di Melaka dan di luar Melaka setakat ini.

Program ini turut membuka peluang penuntut untuk membuat latihan industri dan projek tahun akhir di industri berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia