Berita Harian

Kerajaan negeri kekal pendirian

Perbincang­an dengan Pusat dibuat cari penyelesai­an: Aminuddin

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@bh.com.my

Seremban: Kerajaan negeri kekal dengan pendirian memindahka­n Pusat Kualiti Alam di Sendayan, di sini ke lokasi baharu supaya jauh dari kawasan penempatan awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata perkara itu kini dibincangk­an antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n, untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Semalam kita menghantar wakil berjumpa dengan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, untuk sampaikan pendirian kerajaan negeri berhubung (penempatan) Pusat Kualiti Alam.

“Buat masa ini tiada keputusan dibuat, namun kita berpegang kepada pendirian untuk memindahka­n lokasinya seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini, semalam.

Aminuddin berkata proses pemindahan Pusat Kualiti Alam dijangka mengambil masa yang lama berikutan pelbagai proses perlu diteliti selain perancanga­nnya membabitka­n peringkat negeri dan Persekutua­n.

“Keputusan untuk menutup atau memindahka­n lokasi Pusat Kualiti Alam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana kita juga perlu mengambil kira isu pengurusan bahan kimia yang membabitka­n pelupusan sisa berjadual.

“Lesen (pengoperas­ian) baru disambung oleh kerajaan terdahulu selama 15 tahun bermula 2007, kita harap usaha untuk menutup atau memindahka­nnya dapat dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri sudah mengadakan pertemuan bersama pihak pengurusan Pusat Kualiti Alam untuk membincang­kan mengenai persiapan sekiranya berdepan detik kecemasan seperti kebakaran yang terjadi pada 2 Oktober lalu.

Kejadian itu juga masih dalam kajian untuk kita kenal pasti ke

Buat masa ini tiada keputusan dibuat, namun kita berpegang kepada pendirian untuk memindahka­n lokasinya seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan.

san selepas kebakaran itu terhadap masyarakat setempat yang menetap di kawasan berhampira­n.

“Kita sudah adakan pertemuan untuk membincang­kan perkara yang harus diberi keutamaan (sekiranya berlaku insiden seumpamany­a) terhadap penempatan awam termasuk sekolah yang berhampira­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia