Berita Harian

300,000 dijangka kunjungi NS FEST 2019

-

Seremban: Kerajaan negeri mensasarka­n kira-kira 300,000 pengunjung pada NS FEST 2019 yang akan dianjurkan di Dataran Nilai, Nilai bermula 17 hingga 20 Oktober depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata karnival selama empat hari itu bagi menggalakk­an dan menyokong pendekatan untuk meningkatk­an pulangan pendapatan masyarakat menerusi aktiviti berteraska­n perniagaan selain melahirkan usahawan baharu khususnya kalangan belia.

Karnival berkenaan juga boleh dijadikan platform kepada usahawan tempatan mempromosi­kan produk masing-masing dalam usaha meluaskan rangkaian niaga ke peringkat yang lebih tinggi.

“Tujuan karnival ini adalah untuk mewujudkan satu program penjenamaa­n yang sinonim dengan Negeri Sembilan supaya ia mampu menjadi tarikan di seluruh negara.

“NS FEST 2019 tercetus hasil gabungan program tahunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan serta program bulanan Usahawan dan Food Fest NS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n NS FEST 2019 di Wisma Negeri, di sini, semalam.

Kira-kira 60 usahawan tempatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut mengambil bahagian pada karnival itu merangkumi sektor pemakanan, perkhidmat­an, tekstil dan peruncitan.

“Karnival ini juga akan disertai 60 usahawan berasaskan industri asas tani (IAT) yang mengkhusus­kan jualan buah-buahan, sayur-sayuran serta bahan basah selain 60 pengusaha makanan yang akan mempromosi­kan makanan tradisiona­l.

“Selain itu, sebanyak 51 jabatan dan agensi kerajaan turut mengambil bahagian membabitka­n 61 gerai pameran bagi menyalurka­n maklumat kepada pengunjung selain mempromosi fungsi, peranan dan perkhidmat­an mereka kepada masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, inisiatif berkenaan adalah usaha kerajaan negeri meletakkan keusahawan­an sebagai strategi utama dalam pembanguna­n ekonomi negeri serta menjadikan industri pertanian sebagai pemangkin ekonomi negara.

 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Aminuddin bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Dr Razali Ab Malik (dua dari kiri) selepas Pelancaran NS Fest 2019, di Wisma Negeri, Seremban, semalam.
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Aminuddin bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Dr Razali Ab Malik (dua dari kiri) selepas Pelancaran NS Fest 2019, di Wisma Negeri, Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia