Berita Harian

Alha, Azlin rai cinta dalam kayangan

Usahawan kosmetik rai tetamu pada majlis resepsi mewah, pelamin RM500,000 curi tumpuan

- Oleh Farhana Ab Rahman farhana@bh.com.my

Banyak yang perlu kami pelajari mengenai satu sama lain. Seperti biasa, soalan lazim yang ditanya kepada mereka yang baru kahwin adalah hidangan dimasak isteri. Noorazlin Ismail, Isteri

Niat menjadikan majlis resepsi perkahwina­n sebagai acara manis yang dikenang hingga ke anak cucu, termakbul sudah.

Ahad lalu, usahawan kosmetik dan jurusolek popular, Datuk Alha Alfa dan isteri, Datin Noor Azlin Ismail, meraikan tetamu pada majlis bertemakan fantasi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibu negara.

Tanda pagar #alhaalindr­eams yang digunakan bagai mencermink­an impian pasangan mempelai ini untuk membina mahligai bahagia, diiringi doa, restu dan kasih sayang keluarga, sanak-saudara dan teman-teman.

Dinikahkan di Taiping, Perak pada 28 September lalu, pasangan sama cantik sama padan ini pantas menarik perhatian netizen, apatah lagi, Alha, 31, secara terbuka berkongsi butiran persiapan mewah majlis resepsi atas niat membangkit­kan semangat anak muda mengejar impian hidup.

Selepas dua tahun menjadi penaja utama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), reputasi Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil sebagai usahawan dan jurusolek profesiona­l semakin gah. Tidak hairanlah, Alha ibarat selebriti yang sentiasa dikerumuni pada majlis dihadiri termasuk diikuti di laman sosial.

Tampil mengenakan persalinan menawan rekaan Cosry, bukan sahaja Azlin mencuri tumpuan, malah perhatian terhala ke arah Alha yang tampil dengan imej berbeza. Mengapa tidak, ‘jambang’ pada wajah Alha pantas mengingatk­an tetamu kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan. Tidak hairanlah, sebaik tiba, ‘jambang’ Alha pantas menjadi ‘bahan’ kepada pengacara majlis iaitu Jihan Muse dan Fara Fauzana.

Memulakan bibit perkenalan kira-kira lima tahun lalu ketika Alha menata rias wajah Azlin, usahawan kosmetik itu berkongsi perasan selepas hampir dua minggu menjadi suami.

“Jika dahulu, bangun tidur seorang diri, sekarang sudah ada peneman. Kami masih menyesuaik­an diri dengan gelaran suami isteri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia