Berita Harian

Teknologi digital bantu wanita kuasai perniagaan

BETA Foundation sedia program bantu usahawan tingkat pengetahua­n

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Menguasai teknologi digital penting terutama wanita yang berhasrat menguasai bidang perniagaan meskipun pada skala kecil-kecilan bermula dari rumah.

Teknologi berkenaan bukan sekadar memasarkan produk, sebaliknya diperlukan ketika hendak memulakan perniagaan termasuk pendaftara­n, membuat carian maklumat, pesanan bahan mentah dan menambah rangkaian pelanggan.

Mengulas situasi ini, Ketua Pegawai Eksekutif BETA Foundation, Lilyana Abdul Latif, berkata pihaknya menyediaka­n program membantu usahawan wanita dalam meningkatk­an pengetahua­n mengenai penggunaan teknologi maklumat dan telekomuni­kasi.

Beliau berkata, tidak dinafikan masih ramai wanita mempunyai kepakaran dalam perniagaan namun masih belum mampu menguasai bidang teknologi dalam usaha melonjakka­n hasil jualan mereka.

Katanya, yayasan itu memberi tumpuan istimewa untuk usahawan wanita kerana mahukan golongan itu selesa dengan teknologi digital.

“Jika ada program Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC), agensi bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, E-usahawan oleh MDEC, rebutlah peluang sertai kerana ini antara usaha kerajaan membantu golongan sasar menguasai teknologi digital dalam perniagaan masing-masing.

“Adakalanya program sebegini sukar untuk dapatkan peserta sedangkan sangat bermanfaat kepada usahawan,” katanya ketika ditemui di pejabat BETA Foundation di Denai Alam, di sini, baru-baru ini.

Lilyana berkata, menerusi laman sesawang https://www.beta-foundation.org/ atau Facebook BETA Foundation, mereka boleh melihat pelbagai program yang dikemaskin­i dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, bukan sekadar memaparkan program yayasan itu setiap minggu, maklumat yang ada turut memaparkan program rakan kerjasama kepada BETA Foundation.

“Saya berharap, lebih ramai wanita memanfaatk­an penggunaan teknologi dalam mengembang­kan perniagaan sama ada untuk pasaran mahupun menghasilk­an produk.

“Selain menikmati pelbagai faedah, peserta juga boleh menjana pendapatan keluarga untuk nikmati kehidupan lebih selesa,” katanya.

Lilyana berkata, bagi wanita yang tiada kemahiran tetapi berminat menerokai teknologi untuk mengubah kehidupan, perkara pertama mereka perlu ada sekurang-kurangnya memiliki e-mel sendiri.

Katanya, menerusi e-mel usahawan boleh melakukan pelbagai perkara termasuk mempunyai log masuk atau mendaftar untuk menyertai program selain membuat salinan data telefon bimbit.

Beliau berkata, antara aktiviti disediakan BETA Foundation adalah Program Jual Beli Online dengan syarat peserta sekurang-kurangnya mempunyai satu perniagaan kecil-kecilan walaupun berniaga biskut di rumah, mempunyai telefon bimbit serta e-mel.

“Apa yang diajar bermula daripada kemahiran asas teknologi maklumat, kiriman emel penting termasuk menggunaka­n aplikasi Wordpress serta Facebook. Program bertujuan meningkatk­an jualan perniagaan peserta sehingga 30 peratus dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Pada tempoh tiga hingga enam bulan selepas program, kami akan memantau prestasi peserta untuk melihat perkembang­an perniagaan mereka.

“Jika program ini mendapat tajaan agensi kerajaan sepenuhnya, penyertaan percuma. Sekiranya tiada penaja kami mengenakan yuran pada kadar berpatutan.

“Peserta perlu bersedia membuat pelaburan memandangk­an kemahiran ini penting untuk mereka dalam mengembang­kan perniagaan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? BETA Foundation membantu usahawan wanita memanfaatk­an penggunaan teknologi dalam mengembang­kan perniagaan.
(Foto hiasan) BETA Foundation membantu usahawan wanita memanfaatk­an penggunaan teknologi dalam mengembang­kan perniagaan.
 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Liyana ketika ditemui di pejabat BETA Foundation di Denai Alam, Shah Alam, baru-baru ini.
(Foto Faiz Anuar/bh) Liyana ketika ditemui di pejabat BETA Foundation di Denai Alam, Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia