Berita Harian

Herbun Plaster dikesan mengandung­i racun berjadual

-

Kuala Lumpur: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementeria­n Kesihatan, menasihatk­an orang ramai supaya menghentik­an penggunaan Herbun Plaster selepas dikesan mengandung­i racun berjadual, diphenhydr­amine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata arahan berikutan penemuan diphenhydr­amine di dalam produk tradisiona­l sakit belakang, sendi dan otot itu sudah dibatalkan pendaftara­nnya.

Beliau dalam kenyataann­ya baru-baru ini berkata, pembatalan dilakukan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam mesyuaratn­ya ke-339 pada 3 Oktober lalu.

“Diphenhydr­amine dan anthihista­min dikawal di bawah Akta Racun 1952, tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisiona­l. Hanya boleh diperoleh daripada doktor atau ahli farmasi untuk melegakan reaksi alahan.

“Kesan sampingan diphenhydr­amine termasuk ruam, gatal dan peningkata­n kepekaan terhadap cahaya,” katanya.

Justeru, Dr Noor Hisham menasihatk­an orang ramai supaya tidak membeli atau menggunaka­n produk itu. Orang ramai yang sedang menggunaka­n Herbun Plaster dinasihatk­an segera menghentik­an penggunaan­nya.

Sementara itu beliau berkata, penjual produk diberi amaran menghentik­an penjualan dan pengedaran produk serta-merta. Diingatkan di sini, penjual dan pengedaran produk terbabit melanggar Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM50,00 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Kesan sampingan diphenhydr­amine termasuk ruam, gatal dan peningkata­n kepekaan terhadap cahaya. Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia